Sunday, June 29, 2008

Happy Birthday, Mrs. Dalton!


Sori Mrs. Dalton sebab terlewat wish walaupon aku tahu kau tak tahu akan kewujudan blog ni. Kalo kau tau pon tak mungkin kau ada masa nak baca.. Huhu. Tahun ni nampaknya NingClix takde buat apa2 celebration untuk Ning's birthday. Walaupun aku sebagai Presiden NingClix aku sendiri dah kureng minat nak bergiat aktif dengan keje2 welfare ni (sori Mr. Manager!). Bukan aku tak nak.. tp aku fed-up dengan sikap certain AJK yang tak bertanggungjawab dengan masalah yang diorg sendiri create. Vunguks tol!

So sempena birthday Ning tahun ni aku nak recall balik previous events yang pernah aku organised sejak tahun 2005 untuk sambutan harijadi Ning.



TAHUN 2005






Training session



Sambutan hari lahir Ning yang ke-30 diadakan pada 3 Julai 2005 di Xtion Paintball, Bukit Jalil. Nama event tu "NingClix... HotShot! 2005". Tak dapat nak cakap betapa bestnye kitorang main paintball dengan Ning. Tujuan kitorang ajak dia main paintball ni nak buli dia sebenanya. But unfortunately she didn't even get shot! Adehh..



Thank you Ning for chilled up my day :)





TAHUN 2006

Tahun 2006 plak NingClix wat barbeqeu party kat pool side kondo Iswarni kat Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas. Kalo tahun 2005 buat belated birthday party tahun ni kitorang buat in advance lak (25.06.2006). Lepas makan2 and amik gamba we were heading to GSC Mid Valley menonton filem Scream 3 (thanks Ning and Iswarni for the movie treat). Before that sempat Ning belanje kitorang semua makan aiskrim Hagen Dasz. Thank you Ning (walaupon I lebih prefer Baskin Robbins). Yanie protege Ning pon ada join skali. Masa nak balik tu kitorang hadiahkan dia necklace utk b'day present. Takde idea nak bagi apa.. Hope she liked it!

TAHUN 2007

Kali ni sekali lagi kita buat in advance (24.06.2007) sebab birthday Ning jatuh pada hari Rabu. Kitorang buat makan tengahari kat Restoran Rebung owned by the very 1st Malaysian astronault Dr. Sheikh Muszaphar Shukor and his partner Chef Ismail. Makanan urmm.. boleh la. Bukan taste aku sangat.. oppss! Aktiviti lain ada karaoke dan present giving to Ning. Setiap fans yang datang diwajibkan bawak present. Cuba teka aku bagi hadiah apa?


Sumbat chocolate cake ke mulut Diva.. hahaha!




Bawalah daku ke angkasa.. hahaha...




Korang tengok la gambar sebelah ni. Tu la hadiah daripada aku untuk birthday Ning tahun lepas. Caricature Ning with her Persian cat name Teddy. Harap-harap Ning suka. NingClixers lain ada yang bagi chockle, cd Mariah Carie, Mont Blanc perfume, aromatheraphy candles, chocolate, etc. Event kali ni dapat liputan daripada Media Hiburan. Terima kasih kepada wartaran bro Shaharil Shaharudin yang sudi datang hari tu. Yang paling best aku dapat bergambar dengan Dr. Sheikh Muszaphar. Kebetulan dia ada lak masa tu. Once in a lifetime punye peluang nih! Chef Ismail lak sibuk mintak kitorang organise cooking competition kat restoran dia nak kasi sponsor minyak masak Sri Murni katanya. Dengar dia nye proposal memang best tapi pikir2 balik rasa malas lak. Bukan apa nyah, mak dah penat ok. Mintak mahap banyak2.




* Pics credited to halimisaidi



Saturday, June 28, 2008

Mesti Tonton: Wanted bawa dimensi baru dunia perfileman


Sumber: Berita Harian Online, 28 Jun 2008

Judul: Wanted
Pelakon: James McAvoy, Morgan Freeman, Angelina Jolie, Terence Stamp, Thomas Kretschmann, Common, Kristen Hager dan Marc Warren
Pengarah: Timur Bekmambetov
Penulis: Michael Brandt & Derek Haas
Genre: Aksi/Thriller
Durasi: 110 minit
Tarikh tayangan: 26 Jun 2008

BENARKAH takdir itu sudah ditentukan ataupun kita sebenarnya mampu untuk mengubahnya. Dan andai diberi pilihan, apakah kita boleh menentukan takdir kita sendiri? Inilah persoalan yang dibangkitkan menerusi filem aksi arahan sutradara yang pernah menghasilkan filem Night Watch ini. Dihasilkan berdasarkan siri komik oleh Mark Miller dan JG Jones, Wanted membawa satu dimensi baru kepada dunia perfileman apabila menggabungkan elemen komik dan permainan video dalam filem yang menampilkan ramai pelakon handalan ini.

Elemen komik dibentuk apabila ia dimulakan dengan memfokuskan kepada Wesley Gibson (James McAvoy), seorang pengurus akaun yang berterusan dibelenggu nasib malang apabila dia terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah hidup. Mempunyai majikan yang tidak berhati perut, memiliki teman wanitanya yang curang dengan teman baiknya sendiri serta mudah diburu perasaan bimbang sehingga ke tahap yang sukar untuk dikawal menyebabkan Wesley sentiasa meratapi nasibnya. Bagaimanapun, kehidupan Wesley berubah sejak bertemu dengan Fox lakonan Angelina Jolie yang memperkenalkannya kepada dunia baru - pembunuh upahan Freternity yang diketuai Sloan, lakonan Morgan Freeman.

Dari pertemuan itu, Wesley mengetahui sejarah silam hidupnya. Dari cerita Sloan, Wesley mendapat tahu bahawa dia mewarisi kemahiran istimewa bapanya yang tidak pernah ditemuinya sejak kecil iaitu potensi untuk bergelar pembunuh upahan. Paling menyedihkan, Wesley turut diberitahu bahawa bapanya mati dibunuh oleh seorang pembunuh upahan Fraternity yang berpaling tadah bernama Cross.

Atas niat untuk menuntut keadilan, Wesley sanggup untuk melakukan tugas itu walaupun pada awalnya dia menghadapi kesukaran. Selepas melalui beberapa sesi latihan yang menyeksakan, Wesley berjaya menggalas tanggungjawab itu. Kemuncak kejayaannya adalah apabila dia lulus dalam ujian mempelajari teknik tembakan khas iaitu membuat peluru melencong untuk sampai tepat ke sasarannya - satu kemahiran penting untuk semua anggota Fraternity.

Tidak dapat disangkal lagi, Wanted adalah antara filem aksi terbaik untuk tahun 2008. Walaupun ada di antara babak dalam filem ini mempunyai persamaan dengan filem Matrix terutama dalam adegan tembak menembak yang ditonjolkan dalam bentuk gerak perlahan, namun Wanted tetap ada keistimewaan.

Pun begitu, mesej filem ini tetap menyentuh perasaan. Dalam keganasan sebenarnya terselit perasaan kemanusiaan yang tidak seharusnya luput dalam jiwa. Paling menarik adalah penamat kepada cerita ini kerana ada sesuatu yang tidak disangka-sangka akan berlaku.

P/S: Korang rasa apa yang berlaku kat ending dia? (Soalan ini untuk dijawab oleh makhluk yang belum tengok citer ni lagi, k).

Visit http://www.wantedmovie.com



Thursday, June 26, 2008

Do you have Honda?



Tengah aku syok tengok tv malam tadi tetibe je bro Irwan (senior aku masa kat asrama dulu) call ajak minum kat Pak Li Kopitiam Seksyen 7. Mula2 macam malas je aku nak gi alih keta aku yang dah park kat baekk punye port tapi bila tengok housemate aku semua tak lekat kat umah aku pun tros capai kunci keta. Goyang lak keberanian aku tinggal sensorang kat umah malam2 Jumaat ni. Masa tu dah pukul 10 malam. Kat Pak Li, Irwan, Zakuan dan 2 orang lagi member dah nak masuk 2nd round punye order daa..


Aku order chocolate ice blended and 1 set toast bread Paki Li yang femes tu. Takde apa2 objektif pon kitorang hang out malam ni. Saje je tanya khabar masing-masing. Zakuan ni husband kepada senior aku masa kat asrama. Dia baru je kuar keta Honda Civic 2.0 V-tec kaler hitam. Pergh mantap tol income mamat ni. Di kala rakyat Malaysia sedang berjimat-cermat dia lak leh beli keta baru. Previous car dia still maintain bagi adik dia pakai sambung bayar je.. keta Honda City. Ish, Honda maniac ke dia nih? Anyway, aku punye bateri henfon dah kong so tak dapat la provide gambar. Sori u ols..






The time has come

Masanya dah tiba? Untuk apa ye? Untuk apa lagi kalo bukan untuk makan supplement. Aku tak biasa amalkan supplement food ni tapi atas nasihat doktor aku kena lakukan sesuatu.

Masa gi round Klang tadi kat Pasar Jawa Jeff bawak aku gi cari kapsul / jamu untuk melancarkan peredaran darah, slimkan badan dan menambah tenaga. So, aku pun pilih untuk beli kapsul Kacip Fatimah dari Orang Kampung.


Kalo ikutkan memang malas betol aku nak telan kapsul tu. Tapi untuk masa depan yang cergas dan cerdas maka aku kena la berkorban sikit. Orang tua2 kata orang pompuan ni elok makan jamu dari muda lagi. Makan pun dah kena pantang2 sikit untuk orang yang ada high blood pressure macam aku ni. ;(

Kisah seorang Ah Soh yang full of curiousity

Hari ni aku and Jeff gi ronda-ronda sekitar bandar Klang. Sebelum tu kitorg gi cari lori treler nak sewa untuk angkut barang ke setor baru esok. Kitorang gi Shaw Centerpoint pastu gi Pasar Jawa makan nasi ayam.

Lepas abis makan tiba2 ada seorang nyonya ni pegang kuih samosa datang kat aku tanya, "Lu Cina ka?". Tetiba je. Aku pun senyum je sambil pandang kat Jeff yang tersenyum simpul jugak tengok Ah Soh tu. Kali ke-2 dia tanya baru aku jawab, "Saya Melayu la, aunty." Dia balas, "Haiya, lu punya muka serupa Cina woo." Pastu dia tanya Jeff plak, "Lu punya anak ke? " sambil tunjuk ke arah aku. Anak?! Muka Jeff berubah dah. Merah padam muka dia.. tak tau la dia marah ke malu. Tapi senyum je Jeff kat Ah Soh tu. Aku tak tahan ketawa tengok Jeff. Ah Soh tu tengok kitorang gelak2 je tros dia tanya lagi, "Bukan anak ka? Lu punya bini ka? Haiya, lu mesti banyak kaya huh? ". (Motif? Macam skeptikal je pemikiran diorang ni. Asal laki tu tua banyak je drp pompuan tu mesti kata laki tu kaya). Pastu dia blah sambil makan dia punye samosa. Kitorang gelak je tengok gelagat Ah Soh tu.

Pastu Jeff lak kata, "Bukan main menyibuk lagi si Ah Soh ni. Ada dikatanya aku ni bapak pada awek aku. Hmm nampak tua dah abang ni kan, yang? " Hahaha.. Actually ni bukan 1st time kitorang berpengalaman macam ni. Rasanya ni dah kali ke-5 orang cakap macam tu depan kitorang. Well, nak wat camne kan? Hahahaha....

Wednesday, June 25, 2008

My favourite brand

Aku suka sangat dengan brand Adidas. Banyak dah aku invest duit aku kat adidas. Antaranya kasut-kasut kesayangan aku ni :

Haa.. Ni la dia kasut adidas aku yang pertama aku beli. Masa tu tahun 2004. Kasut ni untuk main futsal (indoor : turf). Tapi aku tak aktif main futsal so aku sesah je kasut ni untuk semua aktiviti luaran aku. Masa ni aku tak berapa pandai jaga kasut so kasut ni mula mereput lepas 2 tahun aku pakai. Walaupun condition dah tak tip top tp still masih sedap pakai masa aku training futsal baru2 ni. :)



Ini adalah kasut adidas kedua yang aku beli. Kasut ni aku beli tahun 2005 dengan harga RM80 je. Kalo market price masa tu RM289. Almost 70% discounted. Aku beli ni masa warehouse sale kat shah alam. Seb baik ada saiz. Best giler masa tu aku borong baju, stokin, windbreaker suit, t-shirt. Aku dapat tahu warehouse sale ni adidas buat 3 tahun sekali je. Kalau ikut perkiraan tahun ni maybe ada 1 lagi warehouse sale. Kalau ada la kan.. :




Kasut sneakers ni pulak adalah kasut adidas aku yang ke-3 aku beli. Baru je beli akhir tahun lepas kat Al-Ikhsan Metro Point Kajang. Aku suka pakai kasut ni sebab dia ringan giler. Rasa cam tak pakai kasut. Aku jarang pakai kasut ni sebab dia kaler putih. Sedih aku tengok kalo dia kotor.






Ni la kasut adidas yang aku selalu pakai.. Adidas Good Year. Kasut ni dah season.. tp bagi aku makin season makin best lak pakai. Kasut ni aku beli kat kedai Planet Bundle kat Seksyen 7 Shah Alam. Dia bukak harga RM95.. tawar punye tawar akhirnya dapat la gak beli dengan harga RM50. Terer tak aku? Hehe..


My first entry

holla everybody!

Akhirnya aku bukak jugak satu blog yang aku sendiri tak tau ada ke tidak pembacanya. Mungkinkah ia hanya akan jadi satu blog yang syok sendiri sekadar melepaskan geram, marah, happy, nervous, etc.? Uh, do I care bout that? Yang pasti blog telah tercipta. Apa terjadi, I'll continue my writing sampai aku rasa nak stop sendiri.

Kalo korang nak tahu aku taip first entry ni sambil tengok CSI Las Vegas the season finale. Aku memang peminat setia siri CSI, CSI: Miami, CSI: New York. Ingat lagi kata-kata arwah MC , "AXN tu tak idup kalo takde CSI". (Arwah pun penggemar setia CSI but more to Horatio Cane's blues.. aku prefer Gil Grissom punye team.) Apa yang best pasal season finale CSI Las Vegas malam ni ialah ending of the story yang mana Detective Warrick telah ditembak di leher oleh pegawai tinggi LVPD sendiri selepas dia (Warrick) terlepas daripada dakwaan membunuh Lou Gedda, seorang lagenda samseng. Aku tak sure Warrick mati or tak.. kena tunggu next season la jawabnya. (Eric Delko CSI Miami pun pernah kena shoot, thought he will die but he still alive instead untill now).

Ok, eventhough I'm the CSI fanatic tapi aku takde la nak citer pasal CSI je tiap2 minggu. Dalam blog aku ni aku tak hadkan kepada isu2 tertentu. Dan sudah pasti blog ni lebih berkisar kepada kehidupan aku of what I've been through dalam mematangkan lagi pemikiran dan menambahkan pengalaman hidup di dalam dunia yang semakin mencabar ni. And FYI, I'm not very good in writing. Sometimes kalo aku ter'lost' vocabulary apa yang aku akan buat adalah aku akan tepek je gambar .. then korang interprete la sendiri ye. Huhu...