Saturday, July 5, 2008

Mentor aktor Wanted

Susunan Nurulhisham Abdul Latiff
Source: Berita Harian Online, 5 Julai 2008.


Angelina Jolie banyak bantu James McAvoy

ANGELINA JOLIE mungkin seorang daripada wanita paling seksi dan cantik di dunia. Namun kekuatan wanita ini bukan hanya terletak pada dua kriteria itu saja. Dia berjaya menempatkan dirinya pada tahap yang tinggi dalam industri perfileman yang nyata dikuasai lelaki.

Menurut pengarah Wanted, filem terbaru lakonan bintang jelita itu, tidak ada pelakon wanita lain yang mampu mendapatkan penghormatan daripada kalangan penggiat filem Hollywood sebagaimana Jolie melakukannya.

Kata Timur Bekmambetov lagi, pelakon yang amat sukar untuk ditandingi itu sering kali dilihat membantu pelakon lelaki utama filem berkenaan, James McAvoy, untuk menjayakan beberapa adegan.

"Angelina ialah mentor pelakon lelaki itu, dia dengan suka rela membantunya dalam lakonan," ujar Bekmambetov.

Penulis kolum bagi laman web TheEnvelope.com, Tom O'Neil, berkata jika ada pengarah yang berasakan Jolie tidak mampu untuk bergelar bintang utama kepada sesebuah filem, mereka melakukan kesilapan yang amat besar.





WAJAH cantik inilah yang menjadikan Angelina Jolie kegilaan ramai peminat.



"Mana ada pelakon wanita lain yang boleh mengatasi bintang ini, tetapi nampaknya pelakon wanita masih lagi diberikan peranan kedua penting dalam kebanyakan filem," katanya.

Kata O’Neil, walaupun dilihat sebagai wanita cantik yang penuh sifat kewanitaan, tetapi Jolie tidak menjadikan semua itu alasan untuk tidak bekerja keras di lokasi. Apabila berada di set penggambaran, dialah wanita yang mewakili kekuasaan wanita, biarpun ketika melintasi permaidani merah, Jolie nampak sangat manis dan ayu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, pasangan Brad Pitt-Jolie nampaknya tidak akan menjual kediaman mereka di New Orleans, sebagaimana yang dilaporkan beberapa media massa sebelum ini.

Menurut wakil Yayasan Jolie-Pitt, khabar angin mengatakan pasangan popular terbabit sudah pun melepaskan rumah mereka di New Orleans adalah tidak benar. Katanya, cerita itu sengaja diada-adakan, sebagaimana khabar angin lain yang menyebarkan pelbagai cerita mengenai mereka.

Pasangan itu membeli kediaman bernilai RM11.2 juta di Big Easy pada Januari 2007. Sejak itu ia menjadi kediaman rasmi bagi kerja amal Pitt bersama Make It Right Foundation, serta rumahnya ketika dia menjalani penggambaran filem The Curious Case of Benjamin Button.

Pitt dan Jolie, yang kini sarat mengandungkan anak kembar, baru-baru ini menandatangani perjanjian sewaan sebuah kediaman besar dan terpencil, Chateau Miraval di Perancis.

Dalam perkembangan terbaru, Jolie dikatakan cukup tertarik dengan projek filem Sin City 2. Khabarnya, pelakon ini terpesona dengan cara kerja Frank Miller dan kejutan yang mampu dilahirkan pengarah berkenaan.

Jolie sendiri ialah peminat filem terbabit, yang diangkat daripada buku komik pada 2004. Miller kini dikatakan menyediakan karakter istimewa untuk pelakon terbabit dan menanti dalam debaran apakah Jolie akan menimbang tawarannya apabila membaca skrip itu.

Pelakon The Tomb Raider itu dikatakan terpikat dengan tawaran Miller kerana dia berasakan, pengarah itu seorang yang pintar.

"Saya berasakan, Sin City yang pertama cukup mengagumkan, tetapi saya tidak tahu apakah yang mereka akan lakukan pada filem susulannya. Apakah ia akan menjadi setulen filem pertama. Saya memang teringin untuk mengetahuinya. Miller memang seorang lelaki yang pintar," kata Jolie kepada MTV.com.

Bermula 26 Jun lalu, peminat Jolie di Malaysia dapat menonton aksi lasaknya sebagai sebahagian anggota kumpulan pembunuh upahan dalam filem Wanted. Selain dirinya dan McAvoy, turut membintangi filem berkenaan ialah Morgan Freeman dan Thomas Kretschmann. Filem ini dihasilkan dengan berpandukan kepada komik dengan judul serupa.

Oktober nanti, dia sekali lagi bakal menghiasi layar lebar pawagam dengan watak Christine Collins, seorang ibu yang disatukan semula dengan anaknya selepas budak lelaki itu diculik. Bagaimanapun Collins tidak berasakan budak itu ialah anak lelakinya. Dia kemudian diisytiharkan tidak ‘sihat’ untuk menjaga kanak-kanak berkenaan. Filem ini dibuat berdasarkan kes Wineville Chicken Murders, yang menjadi perhatian ramai di Amerika Syarikat pada hujung tahun 1920-an.

INFO:
  • MENURUT pakar bedah plastik, hidung Angelina Jolie ialah antara contoh hidung yang paling dikehendaki pelanggan.
  • SEBELUM hidup bersama aktor tersohor Brad Pitt pada 2005, Jolie sebelum itu berkahwin dengan Jonny Lee Miller (1996-1999) dan Billy Bob Thornton (2000-2003).
  • DIA turut mempunyai tiga anak angkat, Maddox, Pax, dan Zahara, dan seorang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Pitt, Shiloh.
  • BADAN pelakon wanita berusia 33 tahun dari Los Angeles ini dikatakan dicacah dengan 13 jenis tatu.
  • FILEM Girl, Interrupted (2000) mungkin judul terbaik pernah dibintangi Jolie apabila watak pembantu yang dilakonkannya menghadiahkan aktres ini dengan tiga trofi - Anugerah Academy, Anugerah Golden Globe dan Anugerah Persatuan Penulis Skrin.

Wednesday, July 2, 2008

Celebrating the WANTED movie arrival

Ahad lepas (29.06.2008) aku, Abby, Nurul dan Yus (Saint) pegi tengok wayang citer WANTED : Fraternity of Assassin. Bersemangat betol kitorang nak tengok filem action lakonan Angelina Jolie nih. Kul 4.30 ptg sampai kat Damansara, nak tengok wayang kat Cathay Cineplex, Cineleisure. Ingatkan nak tengok show pukul 6.30 ptg sebab kul 4.30 ptg sure tak sempat punye. Last2 terpaksa la ambik show kul 7.30pm jugak sebab kul 6.30 ptg punye pon dah sold out.

Masa tengah beli tiket tu tetiba aku terserempak dengan housemate aku si Aisyah dengan boyfriend dia, Ashraf. Rupa2nya dia pon tengok show yang sama dengan aku dan kawan-kawan aku. Lepas beli tiket kitorang ambik keputusan untuk pegi makan kat Thai Express, The Curve. On the way ke The Curve tu Jeff tepon. Bunyi nada suara tu macam tak puas hati je aku dapat hang out dengan member2 ari ni. Apsal kau? Jeles ker? Sendiri mau ingat la weiii!! :P Sebelum letak fon dia kata nak call balik lepas aku habis tengok wayang. Suke hang!!





Comel tak amoi ni? Muahaha...



Seingat aku, aku order fragrant shrimp with fried rice (tak ingat sangat menu dia) dengan Thai Iced Tea. Best la jugak dia punye rasa.. seswai dengan amaun RM yang aku bayar.. huhu. Yang klakanye restoran ni dia punye pekerja semua import drp luar punye sampai tak paham cakap Melayu and sebutan English dia pon pelik2 je aku dengar. Nak sebut "shrimp" pun huruf M sampai dulu sebelum huruf R.. adehh.. Sambil makan sambil borak + buat lawak petang Ahad + cuci mata + kutuk2 kerajaan PM AAB + borak-borak Euro 2008 (malam tu final), etc. Sampai kul 7.15pm baru kitorang gerak ke Cineplex. Masuk2 je cinema 6 tu orang dah penuh 1 hall. Dahsyat jugak sambutan filem ni aku rasa. Berkobar-kobar betul aku tengok wayang kali ni.

Bila aku tonton citer ni teringat balik filem Mr. & Mrs. Smith dua tahun lepas. Angelina Jolie punye watak kali ni lebih kurang je dengan watak dalam Mr. & Mrs. Smith jadi pembunuh upahan. Bezanya Mr. & Mrs. Smith tu ada gak part yang touching tp Wanted ni memang hati kering je sumer.. huhu. Adegan belasah + bunuh dilakukan dengan cara yang paling brutal giler. Takde belas kasihan punye. Tapi dia punye action elements memang aku salute la. Banyak scene yang buat penonton terpegun sampai sebut "Whaaa.." serentak. Perghh gempak giler filem ni aku rasa. Kalo ada orang nak belanje konfem aku gi tengok citer ni berkali2 lagi.



Desert of the day.. strawberi beli kat The Curve RM10 for 3 packs




Sila fokus kat rambut dia :)

Abes tengok wayang tros balik Kelana Jaya lepak minum kat food court belakang Giant SS6. Kitorang semua makan char kueh tiau. Kali ni makan dah tak sedap lak rasanya tak macam dulu. Last time aku beli memang mabeles giler rasa dia.. Kul 11.30 mlm aku sampai umah. Seb baik Jeff takde tepon lagi. Kalo dia tepon aku masih kat luar, masak kena bebel la jawabnyer..



Thanks to Nurul yang sudi snap gambar2 utk kitorang :)

Hari ni aku rasa happy sangat2 sebab dapat hang out dengan clique aku. Selalu asyik tengok muka yang sama je hari ni dapat gak aku saksikan dunia luar. Huhuhu.. Actually ramai lagi yang nak join outing ari nih tp diorang ada hal lak x dpt nak commit dgn time kitorang. It's ok Ling, Lan dan lain2 tu.. Next time kita plan yang lagi gempak punye k. And thanks to Abby, Nurul, Saint for made up my day. I think we should do this more often. Love u all.. :)