Wednesday, August 27, 2008

Permatang Pauh 2008

Plan untuk ke Penang sempena kempen pilihanraya Parlimen Permatang Pauh memang dah ada dalam kalendar sebelum ayah aku meninggal lagi. Aku pergi bukan nak kempen sangat pun walaupun nama aku dah didaftarkan sebagai petugas untuk parti KeADILan cawangan Kota Raja Shah Alam. Awal2 lagi aku dah sound kat boyfriend aku yang genius tu yang aku pegi ni bukan nak buat kerja sangat tp lebih kepada nak tenangkan fikiran.

Masa kat sana kami ditempatkan di kubu kuat lawan iaitu di Seberang Jaya. Sampai-sampai je dah kena edar flyers dan risalah-risalah kempen untuk PKR. Tak sempat makan pun lagi dah kena kerja. Mula2 memang tak kisah sebab ingatkan tu je kerja yang aku kena redah dulu sebelum aku dan boyfren aku bleh skip sebab kitorang nak gi ronda-ronda kat pulau. Rupa-rupanya bukan kitorang takde chance nak escape tapi boyfren aku yang over sangat nak menolong diorang berkempen. Ehmm kalau la aku tau nak jadi camni baik aku tak payah ikut. Penat badan je.. Asyik kena tunggu dalam kereta je.. sangap beb!
Sekali je kitorang masuk ke pulau gunakan laluan feri. Tu pun kejap je sebab nak cari internet cafe nak hantar quotation thru email kat client. Kalo tak.. sure tak jejak pun pulau. Nak gi jumpe EJ kat Gelogor pun tak sempat.

Kat bawah ni adalah antara gambar-gambar yang aku sempat snap sepanjang aku berada kat sana.

Masa ni kitorang baru nak bersarapan kat pasar Seberang Jaya bersebelahan dengan Esso. Jam 7.30 pagi dah sampai sini. Sampai-sampai je terus kena buat kerja distribute flyers, etc. sampaikan breakfast pun dekat kul 12 tengahari. Anwar Ibrahim punye pasal..

Korang cam tak sape mamat yang comel sebelah aku ni? Itu la dia Raja Petra Kamarudin penulis blog terkenal tu. Mula-mula aku sendiri tak cam sangat sape dia ni sebab dia tak pakai glass. Lagipun kat tv nampak tinggi. Masa ni dia tengah jalan-jalan kat pasar Seberang Jaya dengan geng-geng India dia entah drp mana termasuklah adik Karpal Singh. Aku respect tol kat dia ni sebab dia berani menentang ketidakadilan kat Malaysia ni. HIDUP RPK!


Me and Nurul Izzah Anwar

Masa ni Nurul Izzah dengan husband dia datang melawat ke khemah PKR kat depan SMK seberang Jaya II. Aku pun tak tau dia mengundi kat mana. DSAI and wife mengundi kat Penanti. Aku dengan Nurul Izzah ni dulu 1 sekolah kat Assunta Secondary School. Aku masuk drp Form 1 dia Form 4 lepas PMR baru mai. Masa 1st day dia register kat sekolah tu sempat la aku borak-borak dengan dia. Dia bagitahu sebelum ni dia sekolah kat Sri Hartamas. Masa tu aku tak tau la kalau dia ni daughter of DSAI. Memang friendly orangnya. Tapi aku sendiri tak pasti dia cam aku ke tak yang pernah jadi schoolmate dia dulu. Kitorang same batch lain-lain kelas sebab dia ambik science stream. Dia sekelas dengan kawan baik aku , Ben a.k.a Afizah.

Suasana di Institut Perguruan Tuanku Bainun semasa pengumuman keputusan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.


Sempat posing..

Ni la dia t-shirt yang aku pakai masa hari mengundi kat Permatang Pauh. Aku tak jumpe pun sape2 kat sana yang pakai t-shirt yang sama macam aku. T-shirt ni aku beli kat Kubang Semang malam pilihanraya ari tu.



Ni pulak kasut yang aku pakai masa kat sana.. Sesuai untuk berjalan jauh. Masa nak ke pengumuman keputusan pilihanraya di Institut Perguruan Tuanku Bainun petang 26 ogos tu kitorang terpaksa berjalan kaki hampir 5 km daripada tempat parking kereta kat tepi highway. Tumit tak melecet tapi kaki kejang. Seb baik DSAI menang.

The 20.08.2008 Sadness


Hari ni genaplah 7 hari arwah ayah aku pergi menghadap Ilahi. Seminggu yang lepas, tanggal 20 Ogos 2008 jam 12.50 pagi ayah yang ketika itu berusia 79 tahun telah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Aku redha dengan pemergiannya kerana aku telah bersedia. Alhamdulillah ayah pergi dengan tenang walaupun ketika itu cuma mak, abang Man, isteri dan anak abang Man, abang Nasir dan anaknya saja yang ada di sisinya ketika itu. Mak kata ayah sempat tersenyum 2 kali sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semua urusan pengkebumian berjalan lancar dan kami semua sempat menatapnya untuk kali terakhir. Kami harap ayah tahu yang selama ni kami semua terlalu menyayangi ayah dan kami akan terus mendoakan semoga roh ayah tenang di sana dan semoga ayah ditempatkan bersama-sama dengan orang2 yang beriman.. Amin.


Ironiknya, hari ni sekali lagi aku menerima berita sedih bila Chukie, sahabat lama aku (adik kepada kak Gee, Koche, Kak Faezah, Abg Tajul dan Abg Din) call aku dan beritahu bahawa makcik (panggilan kami kepada ibu mereka) telah pulang ke rahmatullah tengahari tadi. Arwah makcik memang dah lama sakit. Asalnya cuma kencing manis tapi lama-kelamaan macam2 penyakit pulak yang datang. Kesian makcik... Aku rasa ralat jugak sebab tak sempat lihat jenazah untuk kali terakhir sebelum dikebumi sebab takde transport. Kereta aku yang genius bak sang Kancil tu rosak tgh jalan masa aku balik ke shah alam sabtu lepas. Terpaksalah aku tunggu kakak aku dari Bangi pick up aku and sama-sama gi rumah diorang. Doa aku mudah-mudahan roh makcik tenang di sana dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

Al-Fatihah kepada ayahanda yang kami kasihi, Sa'ari @ Mokhtar bin Dikon dan juga makcik yang kami sayangi (maaf, tak tahu nama penuh).


Terputus hubungan manusia itu apabila mati melainkan 3 perkara:

1. Amal ibadahnya
2. Sedekah jariahnya
3. Anak yang soleh

Renung-renungkan...

Wednesday, August 13, 2008

Jiwe Kacaw

Hola everybody..

Mesti korang tak perasan sangat kalau blog aku ni dah berhabuk dan bersarang segala spesis labah-labah dan taratula. Al-maklumlah blog aku ni bukannya ada ramai pengunjung. Yang kebetulan terperasan aku ada blog je yang sudi singgah. Hari ni entah macam mana terbukak lak hati aku nak kongsi cerita aku yang boring ni dengan korang semua. Sebenarnya reason aku tak update blog selama sebulan setengah ni ialah disebabkan kamera fon aku yang rosak LCDnya. Takde gambar aku nak tepek. Aku tak leh la kalo update blog takde gambar.. rasa cam tak syok je. Aku takde kamera lain selain kamera fon aku tu.

Buat masa ni aku pakai henpon baru tapi yang paling murah di pasaran untuk sementara waktu. Walaupun murah tapi aku suka pakai sebab ada torchlight. Bila-bila aku dalam kegelapan torchlight henpon tu la yang akan menemankan aku (tu pon kalo teringat nak caj bateri ler..). Ye la.. nak ganti LCD tu je dah RM180. Aku beli henpon old school ni baru RM120. Baik aku beli henpon baru dulu. Esok dah dapat duit dari langit aku repair la henpon aku yg lama tu. Hihihi..



Emm.. hari ni aku rasa sungguh tertekan dengan sikap boifren aku yg 'genius' tu. So utk meredakan tekanan jiwa yang sangat dahsyat ni aku decide utk merehatkan minda aku ni dengan memandang pemandangan yang indah-indah pada desktop aku. So aku telah pilih gambar saujana mata memandang kat bawah ni... Cantek tak? :)


Gambar yg dicedok dari facebook. Harap2 tuan punye gambar x kisah. Aku pun da lupa sape tuannya.


Bila aku pandang gambar tu aku rasa macam kat kampung halaman aku plak. Walaupun kampung aku takde padi tp dekat2 dgn kampung aku tu ada la sawah padi yang tak pernah jemu aku pandang setiap kali aku berada dalam perjalanan balik ke kampung. Uhuk2..