Friday, September 26, 2008

My New Car Fragrance


Korang tau tak apa benda yang tergantung kat dalam kereta aku tuh? Kalo korang tak tau, aaa tu la dia 'air freshener' ala-ala pokok pine gitu. Air freshener ni perisa cherry. Ni 1st time aku jumpe air freshener cenggini. Tak sangka lak dia bole kuarkan bau wangi.

Actually air freshener ni aku dapat free je. Client aku yang bagi. Dia bagi 2.. 1 untuk aku and 1 lagi untuk Jeff. Dia supply benda ni untuk well known supermarket and hypermarket kat seluruh Malaysia nih. Market price RM7, imported from The USA. Kalau nak suruh aku beli mintak maaf la ye. Seboleh2nye aku takmo support barang US nih. Baik bubuh daun limau purut je dalam kereta drp kena beli barang depa. Huhu ...

Thursday, September 25, 2008

A Must Watch Movie ...


Selasa lepas gi tengok wayang dengan Jeff kat GSC The Summit Subang USJ. Citer Money No Enough II. Best gak la citer dia. Banyak pengajaran yang berguna ..
I rate this movie 8/10! :)


Tiket wayang Jeff blanje.. Coz he promised :)


In front of The Summit Hotel




The Endless Wait is Over


Korang yang tinggal kat Shah Alam sure tahu bangunan ni kan? Ini la dia Wisma Sunway Mas (formerly known as Wisma Masalam). Kat dalam bangunan ni la terletaknya opis E*C*RP CONSTRUCT SDN BHD yang berhutang dengan kitorang tuh.. exact location nun kat tingkat 18.. ala-ala penthouse gitu.

Bangunan ni letaknya bersebelahan dengan Hotel Concorde..


Isnin lepas tanggal 23 September 2008 akhirnya release jugak payment yang aku tunggu2 selama 4 bulan nih. Alhamdulillah.. It's exactly right on time. Cuma dah agak lewat nak wat shopping raya. Anyway aku dah tak risau lagi dah nak bayar segala hutang piutang yang aku buat sementara tunggu duit ni dapat. Yang tak syoknya boleh lak diorang potong payment tu sampai 20%. Entah atas sebab apa aku pun tak tau. Bangsa manusia dengki khianat tol! Jaga la korang lepas raya karang.. !@#$%&*




Finally.. The pair's found



My new baby..


Cantik tak kasut nih? Beli kat Second Choice Shop, Seksyen 13. Brader tu tolak kat aku RM30 je. Brand Clarks tuhh.. Dah lama aku teringin nak pakai kasut camni. Merasa gak aku.. :)


Ini memang kasut pompuan ye.. :)

Actually aku dah beli kasut ni 3 bulan lepas. Tapi masa tu cuma kasut belah kiri je yang ada. Belah kanan tatau mana pegi. Pastu brader tu janji nak cari lagi sebelah sebab aku dah bayar abis.. kira nak sangat la kasut tu. Kalau tak jumpe lagi sebelah memang aku frust betol la.. seb baik jumpe gak akhirnya. Alhamdulillah...


Susah beb nak cari kasut camni..

Dapat je kasut tu tros aku gi hanta kat cobbler kasi repair apa yang patut. Kena RM20 jer.. Tali pon nak kena tukar sebab dah tak elok. Tak sempat lagi nak cari tali. Maybe after raya..




Ramadhan Buffet @ MBSA

The advertisement


Rabu lepas masa cuti Nuzul al-Quran sempat la aku bukak puasa dengan geng2 Kelana Jaya (Abby, Nurul, Saint, Kak Nina). Disebabkan aku dah ada breakfast appointment earlier ari ni dengan Harry member lama aku so aku ajak je Harry buka puasa dgn kawan2 aku since kitorang pun tak tau nak makan kat mana.


The buffet location


Abby suggest makan kat MBSA.. Buffet dia cuma RM 19.99 nett per pax. Aku tak ambik nasi.. Bantai lauk jer.. and desserts.. also laksa. Tu pon kenyang giler. Kitorang yang paling last blah dari situ. Borak-borak sakan la kan.. apa lagi. Kul 9 pm chow, aku ajak Harry pekena teh tarik dulu sambil borak2 lagi pasal keje baru dia...


The appetizer, main course, desserts.. etc.



The friends of Kelana Jaya - Shah Alam





Lifetime Validity

Bangunan MAIS .. *hint*


Entry kali nih agak basi la u ols. Sori ye serving benda basi lak bulan2 posa nih.. huhuhu. Tp walau macam mana pun u all baca je la ek.. Terima kasih la banyak-banyak sebab sudi singgah.. ;)

Hujung minggu terakhir sebelum ayah aku meninggal ari tu aku attend satu kursus ni. Sebenarnye aku memang malaass sangat nak join kursus ni walaupun aku mungkin memerlukannya 1 hari nanti. Tp disebabkan kawan baik aku punye pasal aku pun ikut la dia attend kursus ni. Seb baik 2 hari je.. Nasib terlebih baik jugak sijil kursus tu valid for entire life. Perghh.. legaaa sangat2! Huhu..


There u go.. berbaloinyer... ehehehe


Ori punye tau.. ;)


Ahkak dok depaann skali tau.. Ambik berkat gitu.. ;P





Saturday, September 20, 2008

Song of The Day : Apologize


Free Song Lyrics | Apologize lyrics



"What I'm getting thru today is really hurt me. Thousands apologize can NEVER kill the pain. I'd rather be DEAD than to face all this."
... An sms to someone who claim himself 'my lover'. BULL SHIT!



YESTERDAY's BULL SHIT, TODAY's BULL SHIT, TOMORROW's BULL SHIT, FOREVER BULL SHIT.

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul al-Quran & Lailatul Qadar


Dipetik dari laman web www.islam.gov.my


Oleh: Dr. Samsu Adabi Mamat

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia


Nuzul al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-‘alaq:1-5)


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.



Tuesday, September 16, 2008

Kalau dah DIVA...

Madonna paling tak sopan

(dipetik dari Berita Harian Online, 17 September 2008).

Penyanyi tersinggung tak dilayan selepas perkenal diri kepada selebriti

LOS ANGELES: Di sebalik menjadi pujaan berjuta peminat di seluruh dunia, Madonna, dianggap oleh penyanyi James Morrison sebagai 'selebriti paling tidak sopan pernah ditemuinya.'

Morrison berkata demikian kerana penghibur berusia 50 tahun itu tidak mengendahkannya pada satu sesi rakaman.

Penyanyi ‘Wonderful World’ itu sedang bekerja di sebuah studio di Los Angeles apabila memperkenalkan dirinya kepada Madonna tetapi mendakwa bintang ‘Material Girl’ itu tidak berkata apa-apa dan langsung tidak mengendahkan beliau.

“Saya sedang membuat rakaman di Los Angeles dan beliau datang bercakap dengan produser dan seseorang bertanya jika saya ingin bertemu beliau. Saya bukan peminat Madonna tetapi berasa tidak salah sekadar berkata hello. Jadi saya ke tempat Madonna dan berkata: “Hello, saya James, seronok bertemu anda,’ dan menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Madonna sekadar melihat dan berkata: “Apa kerja awak?” Saya memberitahunya saya penyanyi dan beliau cuma merenung dan tidak berkata apa-apa. Keadaan memang tidak selesa dan kemudian beliau langsung tidak mengendahkan saya,” kata Morrison. - Agensi


Hmm.. camni la ghopanye kalo dah jadi DIVA tersohor.Asyik mendongak ke langit sampai lupa rumput di bumi.




Monday, September 15, 2008

Wake Me Up When September Ends

Aku frust betol dgn keadaan diri aku sekarang. Rasa down sangat.. Main reason of course pasal payment yang masih tersangkut kat company E*CO*P CONSTRUCT SDN BHD tu. Dah lebih 3 bulan since aku submit claim ari tuh. Selagi duit tu aku tak dapat selagi tu la fikiran aku kusut, mental aku berserabut, mentol IQ aku terbakar, kepala aku sakit, badan aku lemah. Job lain pun tengah slow sekarang nih. Dah la bulan puasa, menderita je aku tengok orang shopping raya. Nak pinjam duit kat mak aku alahaii segan lak aku rasa, hutang lama tak bayar lagi.. dah ribu riban aku kelepet dia. Adeh.. tension aku la... rasa nak tidooooo je sampai hari raya nanti. Bapak aku dah selamat tido dulu tak bangun2 sampai bila2. Sedih tol rasa.. ;(

Marah tol aku nih.. Grrrr...!!


Rasa nak debik je muka org yg cari pasal tu!!




Friday, September 12, 2008

Almond Chocolate for My Mom


Hari ni plan nak buka puasa kat AU3 umah kakak aku. Mak aku ada kat sana. Aku siap belikan Almonds Van Houten Semi-sweet Chocolate untuk mak aku. Tatau nak belikan apa untuk dia. Hope she likes it! ...

Selamat berbuka puasa, u ols! ;)

Thursday, September 11, 2008

My Personal Health Report

Result dikeluarkan oleh Pantai Premier Pathology Sdn Bhd

Selasa lepas baru aku berpeluang dapatkan result blood and urine test aku untuk pemeriksaan kesihatan berkala aku ni. Hasil ujian tu, aku positif talasemia. Ouch.. sedih lak aku rasa.. Yang herannya pemeriksaan darah 2 tahun lepas (kat makmal yang berlainan.. somewhere in Old Klang Road) takde pulak dia bagitau pasal ni.

By the way, FYI talasemia ni bukan sejenis disease or penyakit ok. No need to worry. Ianya sejenis gen dalam darah yang diperolehi drp ayah atau ibu. Kat Malaysia ni ratio pembawa dengan yang bukan pembawa adalah 4:10. Kalau aku nak kawin kena cari orang yang bukan pembawa gen talasemia ni. Otherwise, aku tak bleh or tak digalakkan mempunyai anak sendiri. Camtu la lebih kurang penjelasannya.. according to Mr Azlan yang macho tu explained kat aku ari tuh.

Selain drp tu, aku allergy pada 1 jenis antibiotic (tak dpt dipastikan jenis apa.. over 1000 jenis antibiotic yg ada kat dunia ni). Kolesterol jahat aku pun tinggi sikit dan kualiti urine aku tak berapa baik sebab aku kurang minum air dan terlebih protein. Huk huk..

Yang lain, EXCELLENT!


My blood group card ;)

Lepas ni nak ambik Hepatitis A and B punye jabs lak. Kerjaya aku ni berisiko untuk dapat disease tu so better aku ambik precautions sebelum terlambat.

Only at McDonald's

5 keping jer u ols...

Korang kalo gi McDonald's bulan puasa ni jangan lupa mintak sarung angpow ni. Tapi agak2 la kan kalo nak mintak pon kena la order meal McValue yang set2 tu.. Kalo setakat order 1 regular french fries je tak malu ke nak mintak free gift?

Tapi kalo anda seorang yang bermuka tebal, silakan la... Beli je 1 Chocotop pastu tanya, "Kak, boleh mintak sarung angpow?"... dan jangan lupa sedekahkan senyuman yang paling manis untuk dia..


Actually aku dapat sarung angpow ni pun sebab order McDelivery untuk sahur malam semalam. Kalau aku sempat gi bazaar ramadan petang sebelum tu tak yah la aku buang duit beli McD yang tak mengenyangkan tu. Seb baik dapat free gift.. :)




Damages

Nokia 6288

Mula-mula, LCD henpon aku aku rosak. Aku biarkan jer.. Tunggu duit masuk baru aku repair. Now dah masuk 3 bulan lebih! Bila nak dapat payment aku nihh???

Baru-baru ni kereta aku lak stop tengah jalan sebab timing belt putus. Camne bleh putus lak ni? Aku baru pakai 27,000km lepas tukar ari tu. Mekanik tu kata aku tak pernah tukar. Tengkorak kau!! Darling aku yang maintain kereta aku dengan gigih skali. Aku sendiri yang pegi hanta kreta kat workshop masa nak tukar timing belt tu. Sape yang aku nak salahkan sekarang ni? Tak pasal2 aku kena RM550. Tak bayar karang patah kaki lak aku ni. Seb baik darling aku yang baik hati tu tolong bayarkan. Mana dia korek duit aku pun tatau.

Adehh kalo benda lain putus bleh gak aku sambungkan ..
tp kalo dah camni nak sambung dgn ape? :(

Sekarang jam Adidas aku plak buat onar. Bleh plak time2 ni tali dia nak putus. Adooii.. Apsal tak lepas raya je ko putus? Aku ni beli jam cap itik ke apa? Typical boutique watch betol. Berasap je telinga aku ni. Seb baik ada 1 lagi jam Adidas...


Adidas 10ATM

Jam ni aku dah pakai sejak 2004 dan aku memang pakai dengan begitu lasak dan tak pernah rosak. Memang berbaloi aku beli jam ni.

Actually aku ada banyak lagi jam tangan tapi yang 2 ni je aku suka pakai. 1 lagi jam Casio yang abang aku bagi zaman sekolah dulu dah kena curi masa kreta kena pecah Disember lepas. Apa la malang nasib aku ni kan? Kena mandi bunga kot ni..

Semua kerosakan2 ni aku hanya boleh fix in bila dah dapat payment aku yang aku tunggu sejak 3 bulan lepas ni. Nak dekat raya ni lagi la nak pakai duit. So sesiape yang berkenaan kalau terbaca entry aku ni sila la bayar duit kami tu dengan segera ye. Nak buat projek lain pun dah abis modal dah ni. Korang je masyukk takkan kitorang nak makan asap kot? Lu pikir la sendiri..

Breakfasting with new Selangor MB

Last Wednesday (10.09.2008) we were invited to the Buka Puasa with MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim at his official mansion in Shah Alam. Ada lebih 300 orang yang datang. Mostly petugas-petugas masa kat PRK Permatang Pauh ari tu.

Suasana kat dewan makan sebelum berbuka.

Actually kalau tak kerana darling aku tu memang aku tak nak pegi buka puasa ni. Baik aku beli kat bazaar ramadan je sambil cuci mata. Dah la makan tak sodap. Food supply by Sri Keningau Catering.. Rating 3/10. Hancusss... Except for the black coffee yang agak best la rasanya. Terlupa lak nak minum sampai habis, balik drp solat Maghrib dah kena angkut sebab nak hidang main course.


A bunch of girls who call them Srikandi.. eeii geli ketiak aku.. lol

Sampai kat sana, jumpe geng-geng Angkatan Muda KeADILan (AMK) Batu Tiga yang sama-sama jadi petugas kat PP ari tu. Yang pakai baju biru kat belakang tu nama dia Kak Azwa. Tatau la berape umur dia tapi semua orang panggil dia Kak Azwa so aku pun ikut je la. Yang baju merah tu pulak nama dia Linda mek Kelate katanye.. Diorang berdua ni bekas ahli Puteri UMNO. Boleh dikatakan pejuang extreme gak la derang ni.

So now secara rasminya aku dah jadi ahli AMK walaupun belum isi borang apa2 lagi. "Welcome to the club", say them to me. Arghhh.. malasnye aku nak bersosial macam ni lagi. Rasa nak duduk umah jadi isteri mithali jer... Huhu..

Wednesday, September 10, 2008

Will History Repeat Itself?


Song Title: Sahabat, Kekasih dan Teman


Kuharap sinar purnama hingga ke siang
Kuharapkan mimpi-mimpi bukan khayalan
Telah aku jelajahi seluruh benua
Mencari pengertian hidup yang sementara

Manusia beranika ragam dan rupa
Ada yang jujur ramai yang berpura-pura
Kusangka dalam ilmu dan pengetahuanku
Tapi ada waktu ku terkeliru

Kudambakan bukan sekadar yang dinamakan
Kekasih yang menemani ke sana-sini
Ku dambakan sahabat dan teman setia
Rela bersama suka duka

Jadilah kau sahabatku, kekasih dan teman
Hanya itu yang kuharapkan
Dalam susah dalam senang kita seiringan
Semoga ikatan berkekalan

Click here to listen in mp3

Satu masa dulu lagu ni memberi makna yang besar dalam hidup aku. Tibanya tahun 2005, segala-galanya hancur musnah.

Now we're in year 2008. Will history repeat itself? ...


Sekurang-kurangnya tak ada lagi lagu yang bakal recall another kenangan pahit.


Tuhan bantulah aku...

Tuesday, September 9, 2008

Seiko Watch To Have

Model No.: SNDZ-77P1
Calibre No.: 7T92-0JD0 S(MOP)
Suggested Retail Price: RM950


Ini la dia jam Seiko Criteria that I really want to have. Nak beli Tag Heuer sah2 la aku tak mampu so ini je la budget yg agak2 terjangkau untuk aku miliki. Lagipun jam drp jenama ni memang tahan lasak and long lasting. It's a watch with technology, not a boutique watch.


For more Seiko's catalogue pls log on to http://www.thongsia.com.my