Monday, May 31, 2010

Demi mereka, semua 'OK'!

Hari ni masuk bulan baru, bulan Jun. Aku belum bangun tido mak aku dah call. Dah dapat arahan baru utk dilaksanakan hari Jumaat ni. Technically, not directly from her tp drp kakak aku. Balik2 aku, balik2 aku. Fine.

Tengok jam dah hampir 11pagi. Teringat ada someone janji nak datang hari ni. Memang aku nanti2kan kedatangannya. Tp kenapa dia tak call pon lagi? Jadi datang ke tak? Macam biasa aku la yg kena call dulu. Hampeh!

Panggilan dijawab tp katanya sampai dlm 1 jam lagi. Masih di rumah ada ahli keluarga yg tak sihat. Aku yakin sangat yg 1 jam dia tu adalah lebih kurang 1 round fiem The Bounty Hunter yg aku baru tonton Khamis lepas. Memboringkan!

Dan tak mustahil yg someone tu akan berubah fikiran dan menukar rancangannya. Sebab dia ni suka berfikir guna emosi. Lantak kau la. Tp aku akan berasa kesal sbb aku jgk yg kena terima semuanya...

Aku ditakdirkan utk mengikut je perintah org, rancangan org, availability org dan semua yg berkaitan dgn hal ehwal org lain. Hidup aku sendiri jatuh no.2 u ols. Tuhan memang sayangkan aku.

It's been a while..

Hello semua.. Sihat ke? Mak aii lamanya aku tak update blog ni. Silap haribulan diorg ingat aku dah mati. Mesti ada yg terfikir apa yg membuatkan aku nak update blog harini.

Sebenarnya aku pun tatau kenapa. Tp ada kemungkinan aku terasa macam nak meluahkan sesuatu tp tak tahu kat sape dan apa dia. Atau mugkin aku sekadar nak borak2 kosong je kat blog ni.. entahla. Kita tunggu je apa yg aku merapukan kat perenggan2 seterusnya.

Harapan, keyakinan, kekesalan, kekecewaan, kemarahan, ketidakpuashatian, keraguan, keletihan dan kebosanan. Semua tu mcm tajuk2 lagu utk album solo pertama aku. Apa maknanya semua tu? Adakah aku mengalami kemurungan. Tak kisah la apa pun tp aku mintak maaf kalau kemurungan aku ni telah menyebabkan kesusahan kpd sesiapa.

Hidup di usia aku skrg sangat2 menyesakkan dada. Competition, backstabbing, trust, honesty antara isu yg menyiksakan jiwa raga. Rasa macam nak mintak mati cepat pon ada. Tp Tuhan benci org putus asa. Jadi hidup perlu diteruskan jua.

Kita semua mahukan semua orang menyenangi kita dan menerima diri kita seadanya. Tp sejauh mana diri kita mampu diterima oleh orang? Sejauh mana kita mampu buat supaya semua org suka pada kita? Sejauh mana pula kita mampu kawal supaya tidak sampai dibenci oleh orang? Mampukah kita menerima semua kelebihan dan kekurangan orang lain dengan hati yg terbuka?

Kadang2 bila kita cuba perbetulkan sesuatu, kenapa ada yg lebih suka menjadikannya semakin worst? Ouchh, manusia ke syaitan tuh? Kalau la aku boleh berak atas kepala dia..

Kadang2 aku rasa lebih baik kalau Tuhan jadikan aku seorang yang tak sensitif dan takde perasaan (mcm orang lain yg tak sensitif tentang perasaan aku). So aku takkan ada rasa marah dan kesal mcm skrg. Aku terima je apa pun yg org buat kat aku. Lebih baik mcm tu. Takde marah2, takde la darah tinggi.

Aku letih la dengan jerawat yg tumbuh kat muka aku ni. Boring tau tak. Mungkin sebab being too sensitive of everything. Salah aku gak ke? Life is cruel i must say. Mungkin jugak Tuhan cipta konsep 1 dosa = 1 jerawat. Yang itu aku terima. Bagus kalau boleh hapuskan dosa cara begitu. Jangan buat dosa kalau tak nak jerawat.

Cukuplah aku meraban malam ni (dah pagi pon u ols!). Bestnya kalau dapat gi holiday.. Aku benci pada kongkongan.