Monday, June 14, 2010

I'll be missing you!!

Tak tahu aku camne nak mulakan. Tp aku akui yg aku agak tersentak dgn hakikat yg seorang sahabat beritahu aku yg dia dah bertunang during his birthday April lepas. Aku tahu dan aku sedar yg aku tak pernah impikan dia sebagai teman hidup aku tp bila dia officially engaged with someone aku rasa spt aku telah kehilangan dia. Selama ni dia saje tempat aku mengadu kesedihan aku when I had argument with my husband. He was there when I was in need.


Aku terpaksa terima hakikat ni. Everyone needs to move on with their life. Aku doakan semoga dia bahagia bersama pilihan hatinya yg belum sampai 6 bln dia kenal tu. (Means he decided to settle down after I get married last December??? OMG!!) And the best part is that the girl is a family arrangement. I'm glad that he's being a good son to his parents and he treats the girl so nicely.


Aku harap dia takkan lupakan aku. Aku doakan semoga dia bahagia. He deserves to be happy. And as a friend, I'm happy for him. We remain FREINDS.. friendship ever after.. I hope.

Tuesday, June 8, 2010

Birthday Treat vs Bought Own Birthday Present

Akhir-akhir ni aku suka luahkan beberapa perkara di blog dan bukan di Facebook. Dalam FB tak privacy. Blog ni takde la privacy sgt. Tapi rasanya aku sorang je yg baca blog ni. So takde hal la aku nak kutuk sapa pon kat sini.

Tadi aku gi Emperial Shopping Gallery kat Subang (near Subang Parade). First time aku gi tempat ni. Iswarni gave me a birthday treat. Kitorg makan kat Italiannies. Aku tak berapa suka pasta & pizza ni sebenarnya. Tp dah org nak belanja, aku pun ikut je la. Raina and Farah pun join skali.

Sebelum tu, aku sempat beli CD Taylor Swift album 'FEARLESS' for only RM29.90 (Malaysia Edition) kat Speedy Video. Ada 16 lagu, semua best. Aku rasa sgt enjoy bila dengar muzik dia. Kira mcm beli birthday present utk diri sendiri la. Huhuhuk..

Balik rumah dah 11.30pm tak sempat tengok Desperate Housewives. Sapa tahu bila dia punye rerun? Tolong la bagitau aku boleh aku standby. Tp aku seronok mlm ni sebab dapat menonton CHUCK tanpa gangguan (walaupon TV2 so outdated, AXN dah main lama da..)

Err.. aku nak upload gambar birthday celebration td, tp malas la plak. Ngantuk.. Lain kali la ye. Aku sorang je yg tengok pon..

Monday, June 7, 2010

KE MANA ARAHNYA?

Semalam birthday aku yg ke 30. Ramai jugak Facebook friends aku wish for my birthday. Penuh wall aku dgn ucapan2 diorang. Terima kasih banyak2 sbb sudi doakan kesejahteraan hidup aku.

Tahun ni aku takde perasaan pun sebenarnya nak menghadapi birthday. Takde rasa takut sebab umur dah banyak, dan takde rasa hari tu sgt special pada diri aku. Semua pun takde. Langsung takde.

Aku agak kesal kerana apa yg aku rancangkan belum nampak sebarang hasil. Dah 3 minggu aku menganggur. Duit yg aku peruntukkan pun dah semakin sikit. Dah la aku sorang je yg bertungkus-lumus cari sourcing. Parah beb..

Seseorang telah memberi harapan, dan seseorang itu telah mengecewakan juga..

Saturday, June 5, 2010

Posted via N73

Entry ni sengaja dibuat menggunakan smartphone N73. Battery pun nak kong. Cuma nak cakap aku kesal dgn beberapa org manusia hari ni. Sambung esok..

Friday, June 4, 2010

Money Matters

Hari ni aku jadi zombie. Tak cukup tido sampai nak makan pun takde selera. Aku harap berbaloi la keje yg aku buat sampai korbankan waktu tido aku ni. Kalau seseorang tu tak appreciate jugak memang dia seorang yg bodoh. Ramai lagi orang yg tunggu and appreciate aku buat macam tu utk diorang.


Takde duit susah, ada duit pun susah. Takde duit kepala pening. Bila berduit, kanan kiri nak mintak pinjam. Tak bagi karang Tuhan tak berkat rezeki yg kita dapat sebab tak tolong orang. Bila bagi pinjam, orang tu pulak ambik kesempatan. Bukan main liat lagi nak bayar balik. Sampai kena mintak kontra tu kontra ni baru selesai. Serik aku nak bagi pinjam dgn org macam tu. Ironiknya, orang tu adalah orang yg hidup mati aku tetap percayakan dia. Dunia memang kejam utk aku.


Bila semua ni nak berakhir? Aku letih la. Kenapa diorang tak bleh treat aku macam mana aku treat diorang? Kenapa aku tak boleh buat kat diorang macamana diorg buat kat aku? Tapi aku adalah aku. Aku bukan hipokrit.

Wednesday, June 2, 2010

Jolie is back!



Dah lama aku tak tengok Angie kat cinema. Last sekali aku tengok citer 'Wanted: Fraternity of Assasin' 2 tahun lepas kat Cineleisure Damansara. Masa tu gi dgn Abby, Nurul & Yus. Tahun ni filem Salt lak kuar. Dengar khabar bulan Julai.. summer movie. Nak tengok dgn hubby belum tentu dia ada masa nak temankan aku. Harus aku haruk budak bertiga tu jugak nanti.