Thursday, July 1, 2010

Life Between Goals and Desire

Hari ni dah masuk bulan Julai. Masuk hari ni dah genap 2 minggu kedai baju aku menjalankan operasinya. Kalau nak cerita sambutan, masih di peringkat awal.. so paham2 sajalah..


Enam bulan melepasi tahun 2010. Tak payah la citer psl azam awal tahun dulu. Aku sendiri pun tak tahu kalau aku masih ingat apa azam aku tahun ni. Yang pasti apa yg aku nak selama ni, sedang aku usahakan demi mencapai matlamat hidup aku yg sebenar. My ultimate goal!!


Cakap pasal gol, sekarang ni tengah demam Piala Dunia. Sana sini orang citer pasal bola. Tahun ni aku sokong Argentina sebab aku beli jersi Argentina. Masa pilih2 jersi tu aku tengok jersi Argentina macam best je sebab tu aku pilih utk beli. Aku tak tahu pun sapa sekor2 player Argentina. Diego Maradona aku tau la.. Tak sia2 aku beli jersi Argentina tahun ni sbb Argentina main dgn bagus skali kali ni. Dah masuk 2nd round pun. Harap2 boleh menang lawan dgn Jerman Sabtu ni.


Hari ni aku terbaca dalam newspaper Kosmo! pasal keindahan i-City kat Bukit Raja. Selama ni aku langsung tak teruja nak pegi tengok macamana ghopanye i-City itew. Tp hari ni bila aku baca review dan tengok gambar2 lampu yg ada kat situ aku terasa macam teringin sgt nak pegi tengok. Tp masalahnya aku nak gi dengan sape? Ada ke orang yg sudi nak temankan aku?


Perlukah aku bertanya kepada manusia itu jika dia sudi membawa aku ke sana? Atau biarkan saja supaya aku tak akan terluka dgn jawapan yg bakal aku perolehi? Apa2 pun kemungkinannya aku tahu it will end up disappointment.