Sunday, October 10, 2010

My Obsession's Driving Me Crazy

video

Dah tengok video kat atas ni? Inilah dia Yvonne Strahovski heroin siri Chuck kat channel AXN tu. Cute kan? She plays Sarah Walker on NBC series CHUCK.

Chuck season 4 has been aired in the US on NBC channel but AXN tak main pun lagi season 3. Berjanggut nak stream episodes kat internet. Sapa2 yg teringin nak stream Chuck kat internet gi kat http://www.watch-chuck-online.net. Season 4 is the best production so far. Funny, charming and entertaining I must say. Rugi kalau tak tengok.

Kalau nak follow twitter Zachary Levi (Chuck) http://twitter.com/zacharylevi and Yvonne Strahovski (Sarah) http://twitter.com/y_strahovski




Where am I Heading To?


Wahh.. lamanya aku tak hapdet blog ni. Ada org kisah ke? Sbb aku x kisah pon.. Hahaha! Anyway, raya dah habis.. kedai aku pun dah tutup.. hutang pun makin banyak.. Tapi 1 benda je yg tak berubah.. REGISTRATION WITH dot dot dot.. masih statik a.k.a pending a.k.a delayed a.k.a yg seumpamanya.


Sekarang ni aku busy jadi supir sambil cari keje balik. Duit dah habis bagi pinjam kat orang sampai aku sendiri nak makan pun x cukup. Sebab tu aku cargas je kalo diminta utk jd supir mak aku sbb mak aku bagi upah. Cool kan? Bukan mcm org lain selalu suruh bwk ke sana ke mari tp asyik marah2 aku je.. Aku x mintak upah tp tolong la paham perasaan aku. Lu bikin panas hati gua je tau tak?

Aku dah betul2 rasa tertekan dgn sikap dia. Makin aku bagi muka, makin dia ambik kesempatan. Aku merajuk, dia x pernah pikir pon nak pujuk. Tp kalau dia yg merajuk, masyaAllah punye la susah aku nak pujuk dia. Mengalahkan org perempuan merajuk. Tak kena gaya. Entah apa2 ntah! Benda remeh dia complicatedkan. Lebih cenderung utk makin mengeruhkan keadaan drp menyelesaikan masalah dan bermusyawarah.

Lima tahun aku cuba tahan dgn perangai dia. Selama ni aku redha sbb aku pikir mungkin Tuhan hantar aku utk memperbaiki diri dia. Tp aku rasa aku dah gagal. Aku dah hilang sabar dgn semua drama yg dia mulakan setiap kali kami bergaduh. Aku dah tak percaya semua kata-katanya lagi sbb selama ni aku cuma dengar perkataan semata2 tanpa perbuatan. Well, u know action speaks louder than words. Lima tahun, beb. Lima tahun. I don't see anything happened. Adakah aku yg x sabar atau dia yg xde perancangan dlm hidup dia? Kalau betul dia xde perancangan memang jelas la dia dah GAGAL.

Apa pun boleh berlaku sekarang. Aku redha je. Aku harap aku belum rugi bnyk sgt walaupun aku sedar aku x boleh patah balik ke 5 tahun lepas. Aku cuma boleh mulakan hidup baru secepat mungkin, jika itu jalan terbaik yg aku terpaksa pilih. Ya, aku masih sayangkan dia. Sbb tu aku mention 'terpaksa'. Aku bukan sengaja tinggalkan dia waktu dia susah. Aku percaya dia mampu utk bangkit bila ditimpa musibah. Semoga kepergian aku nanti akan menaikkan semangat dia utk terus berjaya. Walaupun aku yg tanam pokok selama ni, biar je lah org lain yg makan buahnya. Yg penting hati aku tenang. Aku nak dapatkan kembali ketenangan hidup yg aku lepaskan selama ni.

Aku x mintak jd mcm ni. Dan bkn salah aku bertindak begini. Tanyalah pada diri sendiri di mana silapnya. Banyak peluang yg aku bagi dia sia2kan. Aku x sempurna. Aku bukan nabi yg punya tahap kesabaran yg tingi. Ketenangan jiwa sememangnya tak ternilai harganya.

Selama 5 tahun aku menghambakan hidup aku untuknya. Selama tu jugak la mcm2 peristiwa pahit manis dilalui bersama. Bukan aku tak kenangkan semua tu sebelum ambik keputusan ni tp apa gunanya bersama kalau hidup tak bahagia? Aku kenangkan semua tu, tp ada pernah ke dia buat benda yg sama? Aku je yg hidup utk dia tp dia x hidup utk aku. Kat mana dia masa aku susah? Apa je yg dia dah buat utk masa depan aku?

Aku harap aku akan mampu mengharungi dugaan ini sepanjang hidup aku. Aku terpaksa mulakan semula kehidupan yg aku benar2 inginkan selama ni. Harap aku takkan kecewa lagi...