Tuesday, December 3, 2013

Mari Minum Susu

Hari ni aku rasa high je kat opis sbb kena telan ubat batuk, ubat sakit tekak, ubat selsema & antibiotic pill. Pegi klinik nak ambik ubat batuk je asalnya tp nurse suruh jumpe dokter. Bila jumpe dokter mcm2 la yg diperiksanya. Alasan aku kena mkn ubat selsema walaupun aku tak kena selsema adalah supaya saluran pernafasan aku clear waktu kena batuk ni memandangkan kahak aku berwarna hijau dan aku pernah kena asthma masa kecik dulu. Pastu dokter juga tak bagi aku minum minuman sejuk walaupun sejuk peti ais je. Dokter baik hati hari ni sbb nak bagi aku MC tp aku kata tak apa lah dokter saya masih larat buat keje. 

Sebenanya aku nak cerita psl minuman favorite aku waktu ni iaitu susu kambing fresh dan yogurt drink keluaran Farm Fresh. Yogurt keluaran Farm Fresh ni lebih sedap drp NestlĂ© Bliss sbb dia kurang manis dan harganya yg berpatutan. 


Aku suka perisa strawberry dan mixed berries. Beli kat Cold Storage harganya RM4.89 tp kalau beli kat Tesco harganya cuma RM4.69. Pernah sekali aku beli kat Tesco dgn harga RM3.99 waktu promosi.

Susu kambing pulak aku kongsi beli dgn opismate aku bernama Nordin. Dia yg tukang order so aku tak tahu sape penjualnya. Penghantaran terus ke pintu rumah katanya. Order sedozen so each of us dapat 6 botol dgn harga RM5.50 sebotol dan delivery charge RM2 sahaja.


Aku rasa ramai yg tak suka minum susu kambing ni dek kerana baunya yg kurang menyenangkan. Mmg betul baunya sgt melantung especially masa nak telan, rasa mcm ada kambing duduk kat sebelah. Wakakakaka.. Tapi aku gagahkan jgk minum sbb nak cantikkan kulit. Sehari minum sebotol mcm dlm gambar kat atas.. dgn harapan kulit jadi gebu macam Emma Ma'embong. Kikikikiki.. ;p

Buat masa ni kedua-dua minuman ni aku kena minum tanpa sejuk sbb batuk belum ok. Yogurt tu mcm mustahil la nak minum kalau tak sejuk kan. So susu kambing je la yg boleh minum time ni tp kena defrost dulu atau rendamkan dlm air panas sblm minum kasi buang sejuk. Maklum la kan sekarang ni musim hujan kena la elakkan minuman sejuk kalau tak nak kena selsema. Sape pulak la nak jaga aku nanti kalau aku jatuh sakit. Huhuhu..