Monday, June 2, 2014

Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih Allah ;)

My most awaited month has arrived. Month of celebration. Lagi 4 hari birthday aku yang ke-34. How am I feeling? I feel so blessed! Indeed. Only by thinking of everything that I've been through all these years and how I managed to do meaningful things in life. I feel so very proud of myself.

Last year I bought a property for my 33rd birthday. A medium cost apartment located at Seksyen 7 Shah Alam, the most valuable property area in Selangor. In celebration of my 34 years of living, this year I managed to buy a used Toyota Vios for myself. Walaupun kereta second hand, aku tetap bersyukur. Selama ni aku tak pernah terbayang aku akan mampu memiliki sebuah kereta Toyota. Ini semua adalah berkat doa ibu aku supaya aku diberi kesenangan oleh Yang Maha Esa. Walaupun tak semewah orang lain, aku mampu buktikan low-income macam aku masih dapat miliki apa yang diidamkan. Yang penting pandai manage income. 



Ini semua juga adalah berkat dari kesabaran aku selama ni memandu Perodua Kancil selama 11 tahun. Hasil dari berjimat cermat itu, aku berjaya buat loan rumah. Bila dah sewakan rumah tu aku dapat extra income dan dari situlah aku berjaya buat loan ASB worth RM50k dan loan kereta. Rasa macam bertuah sangat2! Walaupun takde bisnes juta2 tapi aku ada small investment yg bakal berterusan dan tak menyakitkan kepala aku. 

Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan semua yang Allah kurniakan selama ini untuk diri aku, mak, arwah bapak dan seluruh ahli keluarga aku. Walaupun kami tak hidup mewah, tapi hidup kami dilindungi dan diberkati oleh Allah SWT. That matters the most. Aku akan terus sujud kepadaNya dan memohon supaya hidup kami terus diberkati dan maruah kami terpelihara hingga ke akhir hayat kami. 



Sempena hari lahir aku yang ke-34 ni aku berdoa semoga Allah panjangkan usiaku, kakak kembarku dan usia ibu yang telah melahirkan kami ke dunia ini. Semoga Allah murahkan lagi rezeki kami di dunia ini supaya kami dapat berkongsi lebih banyak lagi rezeki yang kami perolehi dengan orang2 yang memerlukan. Aku juga berdoa semoga Allah pertemukan aku dengan jodoh yang baik dan mampu membimbingku ke jalan yang diredhai Allah. Aamiin.. Ya Rabbal A'lamiin..