Tuesday, December 3, 2013

Mari Minum Susu

Hari ni aku rasa high je kat opis sbb kena telan ubat batuk, ubat sakit tekak, ubat selsema & antibiotic pill. Pegi klinik nak ambik ubat batuk je asalnya tp nurse suruh jumpe dokter. Bila jumpe dokter mcm2 la yg diperiksanya. Alasan aku kena mkn ubat selsema walaupun aku tak kena selsema adalah supaya saluran pernafasan aku clear waktu kena batuk ni memandangkan kahak aku berwarna hijau dan aku pernah kena asthma masa kecik dulu. Pastu dokter juga tak bagi aku minum minuman sejuk walaupun sejuk peti ais je. Dokter baik hati hari ni sbb nak bagi aku MC tp aku kata tak apa lah dokter saya masih larat buat keje. 

Sebenanya aku nak cerita psl minuman favorite aku waktu ni iaitu susu kambing fresh dan yogurt drink keluaran Farm Fresh. Yogurt keluaran Farm Fresh ni lebih sedap drp NestlĂ© Bliss sbb dia kurang manis dan harganya yg berpatutan. 


Aku suka perisa strawberry dan mixed berries. Beli kat Cold Storage harganya RM4.89 tp kalau beli kat Tesco harganya cuma RM4.69. Pernah sekali aku beli kat Tesco dgn harga RM3.99 waktu promosi.

Susu kambing pulak aku kongsi beli dgn opismate aku bernama Nordin. Dia yg tukang order so aku tak tahu sape penjualnya. Penghantaran terus ke pintu rumah katanya. Order sedozen so each of us dapat 6 botol dgn harga RM5.50 sebotol dan delivery charge RM2 sahaja.


Aku rasa ramai yg tak suka minum susu kambing ni dek kerana baunya yg kurang menyenangkan. Mmg betul baunya sgt melantung especially masa nak telan, rasa mcm ada kambing duduk kat sebelah. Wakakakaka.. Tapi aku gagahkan jgk minum sbb nak cantikkan kulit. Sehari minum sebotol mcm dlm gambar kat atas.. dgn harapan kulit jadi gebu macam Emma Ma'embong. Kikikikiki.. ;p

Buat masa ni kedua-dua minuman ni aku kena minum tanpa sejuk sbb batuk belum ok. Yogurt tu mcm mustahil la nak minum kalau tak sejuk kan. So susu kambing je la yg boleh minum time ni tp kena defrost dulu atau rendamkan dlm air panas sblm minum kasi buang sejuk. Maklum la kan sekarang ni musim hujan kena la elakkan minuman sejuk kalau tak nak kena selsema. Sape pulak la nak jaga aku nanti kalau aku jatuh sakit. Huhuhu..

Thursday, November 14, 2013

Congrats Nazhan!


Ni kakak kembar aku, Suhaila dgn anak laki dia Nazhan. Masa ni kat sekolah anak buah aku kat SKPP 8(2) Putrajya ada hari penyampaian hadiah  2013. Nazhan dpt tempat ke-3 dlm kelas (mengikut permarkahan sistem pembelajaran skrg). Mcm x percaya jgk aku mula2 bila kakak aku bgtau dia dpt no 3 sbb aku x pernah nampak dia ulangkaji pelajaran selama ni. 24 jam dpn iPad main game. Walau apapun, tahniah Nazhan! I'm really proud of you. ;)

Hari ni hari terakhir sesi persekolahan 2013. Tahun depan Nazhan masuk Tahun 4. Esok dah start cuti panjang. Nazhan mintak dikhatankan waktu cuti ni. Lepas tu kitorang plan nak pegi holiday and family gathering kat Melaka. Harap2 semuanya berjalan lancar. 

Friday, October 11, 2013

The Drama Continues..

Hola people.. I'm back! Dah jadi 'rumah tinggal' rupanya blog aku nih. Almost 2 years tak jenguk tetibe Allah gerakkan hati aku utk update kat sini. Mungkin sbb hati aku dah x dpt nak simpan perasaan marah, geram dan kecewa yg meluap2 ni. 

First of all aku nak update kat korang transformation yg berlaku ke atas diri aku. Appearance aku kini adalah dgn hijab. No more free hair with redhead. Alhamdulillah tanggal Nisfu Sya'ban yg lepas Allah telah memberi hidayah utk aku tampil dgn berhijab sebagai mana yg disyariatkan oleh agama'. Buat masa ni aku cuma reti pakai tudung bawal dan tudung express aka malas je. Shawl, half moon, muhaya, etc. akan aku pelajari slowly one by one. Aku ni bukannya seorang yg trendy. I'm  more to simple-but-elegant kind of person. Most importantly is covering the 'aurat'.

And slowly jgk aku cuba ubah diri aku dalaman dan luaran to be a better person. Aku cuba lengkapkan solat 5 waktu setiap hari, cuba cari waktu utk mengaji Al Quran dan menjadi seorang yg lebih sabar dlm menempuh segala dugaan dan cabaran yg Allah berikan. Aku percaya Allah akan terus bersama2 aku selagi aku terus berjihad ke jalan yg diredhai dan selagi aku menadah tangan berdoa memohon pertolongan hanya dariNya. 

Alhamdulillah atas berkat doa ibuku juga aku kini telah berjaya memiliki sebuah rumah di Seksyen 7. Walaupun sekadar rumah kos sederhana rendah tp aku tetap berpuas hati dan merasa terlalu bersyukur kepada Yang Maha Esa. Rumah yg aku beli ni aku tak duduk tp aku sewakan je sbb mmg plan pun utk buat investment. Tenant pun tak susah nak cari. Belum sempat aku nak advertise kat mudah.my dah ada org bayar deposit nak confirm sewa. Syukur sgt dapat beli property yg ada value mcm ni. Terima kasih Ya Allah.. ;)


Inilah dia ruang makan dan ruang tamu rumah aku yg disewakan lengkap dgn basic furniture. 29' Toshiba Bomba tv & tv rack, new SHARP refrigerator, new SHARP washing machine, 8-seater solid wood dining table, new couch, 1HP air-conditioner at master bedroom, new painting, new gas cooker with gas and also concrete table top. Harap2 tenant puas hati dan seronok stay kat situ. Baru la berkat hasil sewa aku. ;)

Ermmm.. Sebenarnya entry ni nak lepaskan kemarahan tp rasa2 dah tak marah sgt lepas tulis benda lain. Hehe.. Anyway, esok aku try update hal yg sebenanya apa yg buat aku marah dan kecewa sgt. Tu pun kalo aku berjaya nak menulis dan mengolah ayat yg sesuai. Or else, aku simpan je la biar membuku di dada. After all, no one cares at all.. Betul tak?