Thursday, November 3, 2011

Kenapa hati ko keras macam batu?

Kenapa ko susah nak terima teguran?
Kenapa semua org nak kena fikir perasaan ko sorang je?
Kenapa ko ni selfish sgt?
Kenapa hati ko busuk sgt?
Kenapa ko suka fikir negatif?
Kenapa ko suka buruk sangka?
Kenapa ko marah pada org yg x puas hati dgn kau bila ko screwed up?
Kenapa ko x pernah fikir perasaan org lain?
Kenapa ko slalu fikir ko sorang je yg betul?
Kenapa ko suka buat benda yg bagi org bencikan ko?
Kenapa ko slalu cakap tanpa guna otak?
Kenapa ko slalu cakap benda yg menyakitkan hati?
Kenapa ko suka terlepas cakap lepas tu menyesal?
Kenapa ko x pikir dulu sebelum cakap?
Kenapa ko x pikir dulu sebelum buat?
Kenapa kdg2 perangai ko mcm anak haram?
Kenapa ko suka buat janji kosong?
Kenapa ko suka jadi mcm munafik?
Kenapa ko slalu fikir ko yg jd mangsa sedangkan ko lah pemangsa?
Kenapa ko tak boleh nak tolak ansur?
Kenapa ko x nak berubah demi kebaikan?
Kenapa ko overreacted?
Kenapa ko ni x suka jd org yg penyabar?
Kenapa ko suka kwn dgn syaitan?
Kenapa suka selesaikan sesuatu dgn kemarahan?
Kenapa ko suka buat assumption instead of bawak berbincang?
Kenapa ko bodoh sgt nak menilai sesuatu perkara?
Kenapa ko ni pendendam?
Kenapa ko x nak jd org yg pemaaf?
Kenapa setiap kali pon semuanya tentang diri ko je?
Kenapa hidup ko je ygorg kena tengok?

Last but not least..
Kenapa ko tak pegi JAHANAM je?!

Menyusahkan hidup aku je!

Thursday, October 27, 2011

Malam tadi teringin nak mkn nasi goreng tomyam dengan ayam goreng kunyit. Pegi la kat Restoran Amin Thai. Duduk kat meja yg belum dikemas. 10 min duduk baru nak dtg ambik order. Waiter A order tp x tulis tp aku percaya je la dia boleh ingat apa aku order.

15 min lepas tu datang Waiter B tanya order. Dia bawak buku ambik order tp aku cakap aku dah order. Waiter A tengah kemas meja depan aku dan aku percaya dia dengar conversation tu. Dah setengah jam tunggu tu.

Masuk minit ke 40 aku pon naik angin aku suh diorg check ada buat x order aku. Diorg x respond pon kat aku any answer. So aku gi terus kat dapur tanya dah buat ke belum? Apa?? Tengah buat?? Xpe la cancel je aku sanggup berlapar gi order kat kedai lain. Bukan kedai ko sorang masak nasi goreng tomyam okeh. Sebelum blah aku sempat sumpah restoran tu. Silap hari la ko sebab aku memang tengah lapar giler ni sehari suntuk aku x dpt nasi. Apa yg aku sumpahkan biar aku je la yg tahu.

Gi pulak Restoran Abe. order benda yg sama. 10 min dah siap. Puas hati aku. Tp bila sampai rumah tengok2 bukan nasi goreng tomyam yg dia buat tp nasi goreng cina. Harga caj harga nasi goreng tomyam. Nasib baik sedap dan boleh ditelan.

Hmmmm... Ni la dia kedai Melayu. Mentang2 dah ada regular customer buat sambil lewa je la kan. Xpe la Tuhan je yg balls perbuatan korang ni.

Wednesday, October 26, 2011

I'm back from hiatus!

Fuuyooooo lama gile aku tak update blog ni. Dah dekat setahun! Ntah camne la mlm ni tiba2 aku tergerak hati nak bukak balik blog yg dah mcm rumah tinggal ni.

Dalam setahun ni banyak perkara yg berlaku dan banyak jugak perkara yg dah berubah. Most of them yg sedih dan pahit je la. Aku masih menanti sinar harapan. Aku yg terbiasa membahagiakan hidup org lain berbanding hidup sendiri. Skrg aku dah bekerja semula. Walaupun masih belum stabil tp syukur aku tak perlu menyusahkan org lain. Aku berdoa Allah murahkan rezeki aku demi satu2nya ibuku. Aku berjanji pada diri sendiri aku akan cuba sedaya upayaku utk membalas jasa beliau selagi nyawa masih dikandung badan.

Kini aku hidup bersendirian. Tiada lagi teman hidup yg bisa ku harapkan. Yang aku punya di kala ini hanyalah kata2 indah nan manis dari seseorang yg masih mendambakan aku utk setia di sisinya. Melihatkan perbuatannya pula hanya menambahkan persoalan yg aku tidak pernah ketemu jawapannya. Aku hanya berserah pada keadaan di mana aku bertekad utk mengakhiri segala penderitaan ini. Ya atau Tidak ku masih keliru.

Masa berlalu, aku masih begini. Di mana silapnya?