Tuesday, December 16, 2008

Dating Beckham

Petang tadi aku ajak Beckham gi lepak kat Kedai Kopi2. Seb baik dia tengah free. Aku dah la mati kutu hari ni takde benda nak buat. Sampai kat sana Beckham order Shah Alam Beef Kuey Teow and aku lak order Hot Dog Corncarnee serve with french fries. Aku nye makanan lupa lak nak amik gambar. Huhu...




Bila order sampai Beckham pun suruh aku try rasa kuey teow dia. Aku pun rasa la sikit. Perghh.. mak oi macam ada lori garam tergolek je dia punye masin. Yang buat aku lebih terkejut bila aku dapati ada serpihan berus dawai dalam suapan aku tu.


Walau kecik camni kalo tertelan boleh kena appendix aku dibuatnya


Beck skrg dah pandai isap rokok..


Hari ni aku yang belanja. Khamis ni Beck nak blanje aku celup-celup kat KL. Aku tak mintak but if you said so... of course la aku sukeee... Nyum nyum dah lama tak makan celup-celup :P


Our nite activity



Selesai bbq kat umah terus pegi Alamanda. First time aku tengok wayang kat sini. Tengok citer Bolt..tu je yg available. Show 12.20am. Masa tu baru kul 11.20pm. Abang zahar layan boling dulu. Nazhan lak ajak kitorang masuk tempat game. Adehh..

Nazhan nye tix RM6


Mentang2 dah ada wallet, dia sendiri gi byr kat kaunter..


Suke benor dia mengetuk kepala buaya nih..


Girang sungguh wajah ko ye...


Mcm x caya je aku dia bleh strike..


Ikut jejak papa dia jgk.. suke main boling :)


Mata terpejam silau tgk flash.. huhu..


Habis tgk wayang dlm kul 2.15am bawak Shah round2 Putrajaya dulu. Dalam kereta aku dah tertido2 tak sedar apa. Nazhan pun dah tertido kat riba aku. Pastu balik ikut jalan ke Dengkil. Sampai rumah dah 3.30am. Borak-borak dulu dgn Shah kul 4.30am baru masuk tido.



Sunday, December 14, 2008

Mini bbq party

Selesai majlis kat rumah kak long aku, aku decide untuk balik ke rumah kakak aku kat Bukit Mahkota because we had plan with Shah who came from Ipoh on the day before . Dia plan nak lepak umah kakak aku and overnite kat situ. So kami pun jemput dia somewhere at Puchong and brought him back.

I made a suggestion to do mini bbq party on the night. They agreed and we bought ikan siakap, prawns, crabs, and chicken at pasar malam in Seri Putra on our way home. It was all on Shah. Dia offer utk blanje kitorang hari tu. Thanks dear! :)

Happy walaupun tak dating dgn pakwe hari ni :P


Shah and abg zahar (in orange)

After Maghrib kitorang pun memulakan aktiviti membakar haiwan-haiwan yang telah dibeli. Buat kat backyard je.. jiran kanan kiri takde bukak tingkap belakang so asap takde la masuk umah diorang maka tak payah la 'hulur' apa-apa pada mereka. Huhu..




Sambil membakar sambil bergossip :P

Settle semua haiwan-haiwan dimakan at 10.30pm, my brother-in-law (abang zahar) ajak kitorang tengok midnite show at GSC Alamanda.

Majlis Bacaan Yaasin (100th day)

Last week kak long aku (kak zi) buat majlis baca Yaasin kat rumah dia sempena 100 hari kepulangan ayahanda kami ke rahmatullah. Actually 100th day yg sebenar dah lepas tapi cuma hari ni je masa yang sesuai nak buat majlis ni.


Acara bermula jam 11 pagi. Dimulakan dengan zikir, tahlil dan bacaan Yaasin. Lepas tu makan tengahari.. menunya nasi ayam, kuih-muih dan buah tembikai. Simple je.. Nasi ayam order kat restoran nasi ayam area shah alam. Malas nak masak-masak. Kuih-muih pun tempah je.. ada kuih popia goreng (best giler!), pau goreng, puding cendol and seri muka (kak zi buat).

Aku berdoa semoga roh ayah aku dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-Fatihah.. amin.

I want it too !!



Last week Jeff beli henfon baru Nokia E90 zitron. Nak belajar jadi IT savvy katanya. Aku jugak la yang jadi cikgu IT dia. Ye la kan selama ni aku yang buat semua kerja-kerja dia yg melibatkan komputer. So lepas ni kalo aku demam ke balik kampung ke dia bleh la buat sendiri kerja-kerja tu.


Surf blog kat E90

Bila aku sendiri dah try guna E90 Jeff ni aku teringin lak nak beli satu. Masalahnya mahal sangat la plak harganya.. masih RM3,000. Emm tunggu la aku dapat durian runtuh lagi. Tak pun tunggu je la sapa2 yang sudi menghadiahkannya pada aku. Huhu..

Thanks Adie! :)



Hari ni tetibe teringin lak nak makan biskut. Letak status kat YM seb baik ada yg memahami.. :P



Biskut ni adie yg bagi.. siap hantar ke rumah aku lagi. Biskut ni dia dpt free.. hamper dari mana ntah. Anyway.. thanks Adie... sayanggggg kat u.. hikhik.. :)



Tuesday, December 2, 2008

Sunday Lepak @ Bangi



Mak aku siap tapaukan makanan utk Jeff


Pastu dia belasah pulak kuey teow soup ni..


Ahad lepas lepak kat Bangi Kopitiam dengan Jeff. Tempat ni tak silap aku owned by Kid Search. Best gak tempat ni. Interior decoration simple but interesting! Makan pun sedap. Servis pun bagus dan cepat. Kalau nak tau lebih lanjut pasal Bangi Kopitiam ni klik sini.

Mak and kakak aku gi rumah cousin aku kat Nilai Springs. Malam lepas Maghrib baru aku balik.
Puas hati aku dapat dating dgn marka ari ni.


Saturday, November 29, 2008

Let's shape up!


Aku ikut Jeff gi kedai Buy, Sell, Trade kat PJ ari tuh. Ternampak alat pecahkan lemak ni kat sana diorang jual RM150 je. Condition masih baru lagi walaupun jual as second hand goods.

1st time aku pakai terus demam esoknya. Terkejut kot.. apa taknya sekali on duration 10 minit je tapi aku tekan lagi ulang2 pakai sampai 1 jam setengah. Terus panas dahi aku. Huhu..

Sejak baik demam aku belum pakai lagi benda ni. Tunggu masa yang sesuai.. hehehe.. :P





I like it accidentally


Ingat lagi tak jam Adidas aku kat bawah ni?


Tali lembik mcm jelly..


Dah tukar pon dia punye tali.. after balik cuti raya ari tu kat City Chain Bukit Raja Shopping Centre. Dia kata tali yg sama kaler dah tak ada stok.. yg ada cuma kaler purple blue. Dia caj RM38... u all rasa mahal or ok harga dia?


Siap dalam masa 2 minggu.. lamanyeee!


Match lak dengan kaler batu cincin aku.. :P

Tak sampai 2 minggu pon, seminggu pastu diorang dah call suruh datang ambik jam. Sekali aku tengok aisehmen kaler tali tu jauh beza dgn kaler jam la.. tapi eden suko lak.. harmoni katonyo.. ekekeke! :)




Hopefully it will works on me!

Sebelum raya puasa ari tu, aku dgn Jeff ada gi jalan-jalan kat area bandar Klang tu. Singgah jap kat satu kedai jam ni.. kedai ni authorised dealer for SEIKO and CITIZEN watch. Memang otai la kedai dia ni. Pandai layan customer lak tu.

Mula-mula kitorang cuma nak survey harga jam SEIKO dia je. Murah gak la compare dengan kedai lain. Pastu bini dia plak promote Chinese tea dia. DIa kata dia dah amalkan minum teh tu dekat 20 tahun. Aku heran gak brape sebenanya umur dia ni.. tengok muka macam muda lagi. Sekali dia bukak cerita umur dia dah dekat 50 daaa... Awet muda siottt. Aku and Jeff pon apa lagi termakan la cakap dia.. bleh buang toksin la, lemak kat perut la.. Jeff beli 2 jenis.. 1 yg mcm kat gambar bawah ni (utk aku) and 1 lagi yg special punye .. yg dah perap dekat 2 tahun.. memang teh cina yg paling power la.. harga pon RM120. Yg aku punye tu cuma RM60 je. Pastu Jeff belikan dia nye teko skali utk aku. Dapat dia nye cup free 2 biji tp Jeff amik sume. Aku pun malas nak guna cup tuh.

Teh ni 1 sukatan bleh guna sampai 6 kali bancuhan.


Teko tanah liat ni harganya RM50 kalo tak silap aku. Tq sayang!.. ;)


Balik rumah aku try la minum teh ni. Pergghhh... payau giler dia punye rasa. Tapi nak cantik, nak nampak muda 10 tahun and nak jaga body punye pasal kan.. telan je la.






Mind your B.O, pleasee.. !


Last week aku temankan Jeff gi JPJ Padang Jawa nak renew road tax motor dia. Suppose bleh buat kat post office je skali check nama ada sangkut dengan saman lak. Kena gak la gi kaunter JPJ. Dah la cuaca panas terik. Orang lak ramai macam ulat taik kat kaunter tu. Macam-macam bau keluarr... ada bau bedak la.. bau cologne cap ayam la.. Bau minyak angin la.. Paling aku nak muntah bau B.O la kan apa lagi...
uwekk!!

Kaunter JPJ Bahagian Saman


Sms cewek ke pakcik oi??

Aku lak boring gile tunggu Jeff settle dia punye saman. Nampak lak pak guard kat atas ni macam ada semacam je. Aku pun snap la sedas gambar. Baru aku perasan dia tak bergerak-gerak dari 10 minit yang lepas. Aku rasa dia ni saje je buat2 pegang henpon walhal sebenanya dia tengah 'krohhh.. krohhh..'. Seb baik ada topi kat kepala bleh tolong cover mata. Hehehe...




Monday, November 24, 2008

Molestation


Haa.. korang jangan marah ekk. Hari ni aku nak masukkan entry yg sepatutnya aku buat bulan lepas tapi tertangguh sebab takde masa. Hehe.. u all baca je lah ye..

Ada 1 malam ni bulan lepas.. aku ingat lagi malam tu malam Jumaat housemate aku si Radiah aka Rad ajak makan Pizza Hut kat Bukit Raja. Aku sebenarnya tak minat sangat makan pizza tapi sebab boring aku pun pegi la jugak.

Habis makan tengok jam dah pukul 10.15pm. Rad ajak masuk Jusco supermarket nak beli some detergents katanya. Aku pun ok je la sebab aku pun memang nak beli fabric softener. Masa tengah pilih-pilih barang tu aku terperasan ada sorang mamat India ni asyik round2 kat tempat kitorang tgh cari barang tu. Kat tangan dia ada sebotol Heineken mungkin baru dibayar sebab dah masuk dlm plastic bag Jusco. Aku dah rasa tak sedap hati sebab dia macam nak lalu dekat-dekat dgn kitorang. Tp aku tak cakap apa-apa lagi kat Rad, cuma fikir dalam hati je.

Pastu aku and Rad berpecah.. dia gi cari benda lain kat section sebelah. Tinggal aku sorang tp dlm hati aku kena ambik langkah berjaga-jaga. Aku bleh tak terfikir lak nak bgtahu Rad. Tak lama pastu Rad datang balik .. tengok ok je, fuhh lega aku.

Pastu kitorang pilih-pilih barang lagi.. tak lama pastu tiba-tiba je Rad menjerit.. "hey!! apa ko buat nie??!!" Aku toleh tengok2 mamat India tadi tu dah raba dia. Hmm apa yg terlintas kat fikiran aku terjadi jugak akhirnya. Pastu dia gi pukul2 mamat India tu kat bahu. Aku pun dengan badan yg menggigil aku jerit panggil security. Mula2 security tu suruh mamat tu blah je pastu ada sorang lagi security panggil balik gi jumpe dengan chief security.

Suspek buat2 bodoh bila security nak halau dia.

Kat dalam bilik chief security, mamat tu dan2 je jadi bisu.. buat2 tak bleh cakap. Chief security soal pun dia tak bleh jawab. Padahal sebelum tu Rad kata masa dia away drp aku kat supermarket tadi mamat tu ada tanya dia something dalam bahasa Melayu. Obviously dia memang boleh cakap! Eeeiiii geram lak aku dengar, rasa nak luku je kepala dia. Dah la 1 dokumen ID pun dia takde. Dalam poket dia cuma ada syiling RM0.80 je. Chief malas nak layan tros call polis dari IPD Klang.


Tiba-tiba lak jadi bisu tak bleh cakap! Sepuk skali kang..

Guna sign language tak larat...


Mamat ni kenyang makan penyepak dari Rad dalam bilik chief security.

Polis pun sampai...

Tak lama lepas tu polis pon sampai. Kitorang pun diarahkan untuk buat police report. Kat balai, mamat ni rupanya Sri Lankan (PATI) bukan org tempatan. Mati2 le kitorg ingatkan Indian. Polis pon aku nampak dok sepak2 mamat tu sebab tak nak bukak mulut masa kena soal.

Rad tengah buat police report

Lepas lodge report, kitorang kena gi jumpe ada sorang sarjan perempuan ni (lupa nama dia) bahagian Gangguan Seksual kat blok lain. Sarjan tu bagi option kat Rad samada nak teruskan atau gugurkan kes (tarik balik report). Kalo nak teruskan kena buat medical check up within 24 hrs, naik turun mahkamah, etc. So since mamat sengal tu akan tetap dihantar balik ke Sri Lanka bawah akta PATI, Rad pun buat keputusan utk gugurkan kes sebab dia sendiri pun busy dengan exam and masalah kesihatan (nak operation 21 Nov).

Sarjan tu pun turun ke balai nak tengok suspek. Aku tak sangka lak kalo sarjan tu pun tunpang sekaki nak hempok mangkuk tu. Sampai je kat tempat suspek kena soal siasat, nahhh kau pang pang pup pap kena sepak dengan buku hard cover dengan puan sarjan. Perghhh brutal gile aku tengok sarjan tu. Sesuai la dgn badan dia yg agak berisi tu walaupun bertudung. Yeah hidup kaum wanita!! Hehehe..

Rad tengah tarik balik report

Settle semua urusan kitorang pun balik rumah. Sampai rumah dah 1.30am. Hmm tak pasal2... Seb baik mangkuk tu Sri Lankan kalo org sini memang takde chance la kau bleh lepas camtu jer...


Pengajaran! Berhati-hati dengan tingkah laku aneh lelaki yg tidak dikenali.






Lunch Date with Diva

Just before we went to Singapore last 2 weeks aku dapat invitation from diva Ning Baizura.. a lunch date on 15th November and an interview with URTV magazine.

Actually the invitation was for 4 pax so adie (the arranger) had chose me, wan concorde, shasha and shasha's friend. Adie himself tak dapat pegi due to work commitment. The venue was at DeliFrance Bistro & Restaurants, Bukit Tinggi (inside AEON Shopping Mall). At 1st they told us to meet at Bukit Raja Jaya Jusco.. where got DeliFrance Cafe inside the Bukit Raja Shopping Centre anymore?? dah berkurun they moved out. so confused la depa ni..

We car pooled there with Wan's Kelisa. Ikut Jalan Kg Jawa turun highway Kesas heading to Klang.. faster than we use Federal Highway. Korang tau je la kan jalan nak ke Klang skrg macam lahanat! Terpaksa cari jalan alternatif.


Muah.. muah.. :P

Kat sana kitorang kena interview dengan URTV pastu baru makan. Kak Ning dah makan awal2 dengan geng URTV (Huzz pon ado). Aku pon dah tak ingat aku order menu apa. Tak sodap pon makanannye. Seb baik free.. huhu.



Wartawan URTV yg interview kitorang hari tu..



Yang bestnye kitorang dapat Ning nye business card.. HappeNings (M) Sdn Bhd. Sambil tu dapat la jugak bergossip2 panass.. hehehe. Aunty Stela pun banyak encourage us to set up a rebranding of NingClix just like what Ning did to herself. Ayoo bleh ke kumpul balik NingClix nih? Cabaran..

See ya... drive safely.. bye..

Sebenarnye banyak lagi cerita pasal entry ni tapi aku malas lak nak taip banyak2. Kalo nak tau cerita selanjutnye bleh baca kat blog Shasha kat url bawah ni:

http://lostcharmedangel.blogspot.com/2008/11/ning-baizura-bought-me-lunch.html

Let's Switch to Celcom! :P


Last week aku temankan Jeff register postpaid dengan Celcom. Actually bukan register nombor baru tapi switch plan skrg ni ke Celcom nye plan (yg ada 1+5 tu..). Currently he's using Maxis postpaid.. so remain same number just switch to Celcom at no cost. Free je u ols!

The Celcom representative yang receive our application cakap Maxis user yang paling ramai switch their plan to Celcom plan. Seee... yg popular tak semestinya terbaik! Proven!!

Hopefully Celcom will always be able to provide us those very best services. So far aku happyyyy guna Celcom.. :)

www.celcom.com.my . It's in your hands.. :)


Text Color

Can we shortened the distance?


Last week the whole week aku kena ulang-alik s.alam - bangi.. letih giler!! Dah la banyak duit habis kat tol and petrol (seb baik petrol turun harga lagi jadi RM2/liter). Tol aje pegi balik dah RM10.60 kalo ikut LDP kuar kat Kajang Silk masuk highway PLUS ke selatan. Kalo ikut Federal Highway masuk Sg Besi pon bleh gak kalo jalan tak jem.. lagi cepat sampai.. tol baru RM9.60 pegi balik. Kalo jem mmg sakit gilerr.. Sebab tu kena ikut jalan ke Puchong sebab tak jem.



Digimon Wannabe?



Hmm.. korang tengok la anak sedara aku ni. Nama dia Nazhan. Cuba perhatikan costume dia.. :)

Minggu lepas aku berulang-alik shah alam - bukit mahkota (bangi) sebab temankan mak aku jaga cucu kesayangan kat sana. Kakak dan abg ipar aku kena pegi kursus seminggu.

Kat sana aku dan mak aku memang tak de chance la nak tengok channel tv lain sebab Nazhan ni suka sangat tengok astro ceria. Kalau kitorang tukar channel lain memang naik antu la budak bertuah ni. Tension aku.

Yang aku pelik sangat tu, tiap kali anime Digimon kuar kat tv mesti dia ikut sama menyanyi theme song sambil pakai costume mcm kat gambar ni. Pakai towel lilit kat badan and letak sayap rama-rama kat dalam baju bahagian belakang. Sayap rama-rama tu sebenarnya bekas tempat taruk water colour. Lama-lama kembang le kolar baju tu...



Friday, November 21, 2008

Bought Nokia 6500s

Semalam aku trade-in henpon Nokia 6288 aku and beli henpon baru Nokia 6500 slide. Aku tak plan pon nak tukar henpon tp bila tengok lama2 rasa nak beli pulak. Lagipun henpon 6288 tu dah bengong sikit. Trade-in pun laku RM250 je.. mula2 dia nak amik RM300 tapi bila dia tengok 3G tu tak function tros kena diskaun RM50 sebab kena ganti ribbon. :(


Aku kena top up lagi RM570 skali dengan upgrade flash card to 1GB. Adehh.. kempis poket aku bulan ni. Sakettt... :(

Oh by the way aku ada miniSD 512MB baru lagi belum pakai nak jual. Aku beli hari yang sama sebelum aku trade-in henpon lama aku. Kalo ada sesiapa nak boleh call aku. Aku jual RM30 je.


An Evening at Singapore

Part III

Sampai je kat HarbourFront Station aku dah rasa penat sangat. Dah la kena bawak backpack. Jeff nak gi ke Sim Lim Square kat Rochor Road. Kat sini jual segala elektronics goods. Org kata murah.. tp aku rasa takde la sangat. PSP dia murah la. Kali ni kitorang gi naik MRT. Best naik MRT ni.. laju giler. Escalator kat S'pore pun kebanyakannya laju-laju belaka. Heheh..


Sim Lim Square, Rochor Road

Keluar dari Sim Lim Square, Jeff ajak makan kat Arab Street. Tapi dia sendiri dah lupa kat mana letaknya Arab Street. Jenuh tanya orang tapi tak jumpe-jumpe jugak. Dah la hujan.. seb baik tak sampai basah lencun. Nampak SALE kat OG Shopping Mall. Jeff suruh aku beli set bra and panty Pierre Cardin sepasang baru $10. Aku beli 2 pasang. Jeff pon beli brief Byford $8 for 2 boxes (4 pcs). Murah kan? nak shopping benda lain dah tak kuasa sebab tak larat nak bawak. Our backpacks almost full!

Last2 kitorg makan je kat food court. Aku pun tatau apa nama and kat mana letaknye food court tu. Makan soto.. sedappp!! Pastu Jeff nak cari gak Arab Street tu nak beli murtabak katanya. Dah jumpe Arab Street tu, kedai yg jual tu pulak dah takde. Terus gi ambik MRT turun kat stesen Tanjung Pagar sebab tiket tren balik KL kul 10pm. Turun MRT ambik cab pulak gi railway station. Jeff sempat mandi kat toilet kat situ. Memang ada disediakan tempat mandi bayar $1. Masa tu dah pukul 9 lebih, aku nak mandi gak tapi tak sempat.. takut tertinggal keretapi. Tapi sempat la tukar baju. Jeff tapau makanan untuk kitorang makan dalam tren nanti.

Kali ni kitorang duduk kat coach L3. Tren penuh gak la dgn penumpang. Lepas settle checkpoint kat Woodlands aku and Jeff terus terlena tak sedar apa. Sampai KL baru terjaga.. dah pukul 6am. Dari KL Sentral kitorang ambik LRT Putra turun kat Taman Bahagia ambik keta kat umah Abby. Breakfast dulu dgn Jeff kat Syed Kelana Jaya. Kul 9pm baru hanta Jeff kat stesen LRT balik Cheras.

Emm.. macam tu la kisah aku pegi holiday 1 hari dengan pakwe.. huhu. Terima kasih la banyak-banyak kat darling aku tu sebab sudi bawak aku jalan-jalan kat S'pore. :)


Sentosa Island Tour

Hai, u ols!!

Bertemu kembali dalam Catatan Perjalanan Saya Bersama Jeff ke Singapura (Part II) .. :)


Dari Vivo, kitorang jalan kaki mencari stesen cable car untuk ke Sentosa Island. Takde la jauh sangat.. dalam lebih kurang 200 meter je dari Vivo. Harga tiket naik cable car untuk normal cabin $18.90 (return), kalo glass cabin mahal sikit $21.90. Aku sendiri tatau apa beza dua kabin tu.
Nampak serupa jer dua2.




Love is in the air... :P



View from above.. the 'mega' constructions.


Malas nak masuk The Merlion (Merlion Walk) ambik je la gambar kat sini..

Turun je dari cable car terus tuju Cable Car Arrival Plaza Retail & Souvenir Shop. Beli fridge magnets, keychains, t-shirts and mug (for my mom). Tak dapat beli banyak sebab barang mahal nak mampos. Kat situ je dah habis $90. Korang darab je la dengan RM2.40 convert dgn duit M'sia.

Pastu round2 kat area yg masuk tak guna duit. Huhu.. kalo nak masuk semua tempat pon bukannya sempat. Bila perut mula berkeroncong kitorang makan jap kat Siloso Point sebelum masuk Underwater World and Dolphin Lagoon.

Ishh.. suke sgt makan benda manis2 la dia nih..

Tiket masuk Dolphin Lagoon jam 1.30pm, masa tu dah 12.50pm so kena gi Palawan Beach dulu untuk masuk Dolphin Lagoon baru balik semula ke Siloso Point utk masuk ke Underwater World. First time aku jumpe ikan lumba-lumba kaler pink. Dia punye muncung tu panjang sket daripada dolphin biasa.

Cuaca panas terik.. seb baik bawak air.


Tiket masuk Dolphin Lagoon dan Underwater World.
Masa ni tiket Dolphin Lagoon dah kena kerat.. heheh..



Aksi trainer dan pink dolphinnya..


Ketam gergasi.. boleh makan ke ni?


Nak join diving kat dalam ni kos dia $120.


Ikan pari lalu sebelah tu..


Tak sempat habis round Underwater World bateri fon aku dah kong. Jeff lupa bawak digital camera sebab tu kena pakai kamera henpon. Tak syok la gambar tak best. 2.0 megapixel je.. :(

Habis round terus masuk Underwater World Retail / Souvenir Shop beli exclusive T-shirts, fridge magnet, postcards. Kat situ je habis dalam $90 gak. Masa tu dah kul 3.30pm. Hujan pn dah mula turun renyai-renyai. Kitorang decided utk balik ke town. Masa sampai kat town turun je cable car ada orang promote utk ambik gambar dengan Kodak berlatarbelakangkan Singapore Cable Car punye view. Nak tahu brape hengget dia caj? $20 sekeping. Perghhhh... mahal nak mamposss!! Sayang punye pasal Jeff kata OK jer.. moments to be treasured katanye.. :)


... will be continued :)

More info on Sentosa Island log on to http://www.sentosa.com.sg/index.html