Sunday, December 14, 2008

Majlis Bacaan Yaasin (100th day)

Last week kak long aku (kak zi) buat majlis baca Yaasin kat rumah dia sempena 100 hari kepulangan ayahanda kami ke rahmatullah. Actually 100th day yg sebenar dah lepas tapi cuma hari ni je masa yang sesuai nak buat majlis ni.


Acara bermula jam 11 pagi. Dimulakan dengan zikir, tahlil dan bacaan Yaasin. Lepas tu makan tengahari.. menunya nasi ayam, kuih-muih dan buah tembikai. Simple je.. Nasi ayam order kat restoran nasi ayam area shah alam. Malas nak masak-masak. Kuih-muih pun tempah je.. ada kuih popia goreng (best giler!), pau goreng, puding cendol and seri muka (kak zi buat).

Aku berdoa semoga roh ayah aku dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-Fatihah.. amin.

No comments: