Friday, December 4, 2015

Discrimination will only generate hates

Colleague aku apply cuti utk 2 hari this month (14 & 23hb Dec). Mintak aku relief, aku agreed, boss pun approved. Bila turn aku nak mintak cuti 1 hari sbb nak gi hantar kereta kat workshop boss kata kat aku 'Kesian Shima' (colleague aku). Dafuqq?!! Shima je ke boleh ambik cuti skrg ni? FYI, annual leave balance aku ada 8 hari lagi ok! Kampeni nak bayar ke unutilised leave aku? Mmg tak la kan.

Sudahnya aku cakap kat boss, 'Kalau perlu baru saya cuti. Kalau saya boleh manage urusan saya isnin ni saya cancel la cuti saya tu. File yg nak kena update tu semua saya dah upload kat Sharepoint nanti saya siapkan during weekend. Kalau terpaksa cuti nanti saya email updated document semua on Monday (walaupun deadline is on Thursday, 10 Dec). Boss angguk je, baru dia sain.

Aku terasa seperti discriminated. Kalau ikutkan aku tengah tak sihat skrg ni (low HB due to menstruation). Dah 2 hari. Dari semalam lagi planned nak ambik mc. Tp mengenangkan meeting2 yg dah di arranged earlier aku terpaksa gagahkan jugak datang keje. Dah la tgh short manpower skrg ni. Lps lunch tadi meeting from 2.30pm sampai 6.15pm non stop. Sakit hati and sakit kepala aku. KFC yg aku beli utk lunch meal tadi pun tak makan lagi sampai skrg. Sempat makan fries je. Sedih gilerrr.. ;(

Monday, November 30, 2015

Today in Karella's Live

Mlm ni bnyk pulak terbaca dan tertonton video yg sedih2. Berita kepulangan Pak Yus aka Yus Jambu ke rahmatullah, kisah anak perempuan yg disimbah air dan dihamun dgn kata2 kesat bila datang mencari ayahnya di rumah ibu tiri utk memintanya menjadi wali (oh abah.. meleleh airmata aku tengok video ni), kisah anak2 pelarian Syria yg menderita menjadi mangsa peperangan dan kisah asal usul siri anime Crayon Shin Chan yg diadaptasikan dari kisah benar Misae ibu kepada Shin Chan yg kehilangan 2 org anaknya iaitu Shin Chan dan Himawari dlm 1 kemalangan jalanraya. Diceritakan bahawa Shin Chan yg ketika itu berusia 5 thn cuba utk menyelamatkan adiknya dari dilanggar kereta tp malangnya dia turut terkorban. Kerana terlalu depress, Misae membayangkan kehidupan ceria 2 anaknya itu sekiranya mereka masih hidup lalu dia mencipta karakter anime berdasarkan kisah hidupnya sebagai hiburan dan pengajaran bersama. Crayon pula adalah benda yg dijumpai bersama mereka berdua di jalanraya ketika kemalangan tersebut. Sedihkan? Walaupun pagi tadi aku diuji dgn kemalangan kecil yg berlaku waktu nak ke tempat kerja dan mengakibatkan kereta aku calar di 2 spots, tp tak sesedih kisah2 yg aku baca pada malam hari ni. Dah la kena sondol dgn motorbike, pastu kena pegi training tanpa sempat breakfast sbb dah terlewat sampai opis disebabkan kemalangan tadi. Organizer training pulak tak provide meal langsung. Jam 12.30 tghari baru dapat rezeki utk makan. Aku anggap ini semua ujian dari Allah kepada aku yg selalu melupakanNya. Aku harap masih ada lagi ruang dan waktu yg Allah berikan utk aku memperbaiki kelemahan diri.