Thursday, October 27, 2011

Malam tadi teringin nak mkn nasi goreng tomyam dengan ayam goreng kunyit. Pegi la kat Restoran Amin Thai. Duduk kat meja yg belum dikemas. 10 min duduk baru nak dtg ambik order. Waiter A order tp x tulis tp aku percaya je la dia boleh ingat apa aku order.

15 min lepas tu datang Waiter B tanya order. Dia bawak buku ambik order tp aku cakap aku dah order. Waiter A tengah kemas meja depan aku dan aku percaya dia dengar conversation tu. Dah setengah jam tunggu tu.

Masuk minit ke 40 aku pon naik angin aku suh diorg check ada buat x order aku. Diorg x respond pon kat aku any answer. So aku gi terus kat dapur tanya dah buat ke belum? Apa?? Tengah buat?? Xpe la cancel je aku sanggup berlapar gi order kat kedai lain. Bukan kedai ko sorang masak nasi goreng tomyam okeh. Sebelum blah aku sempat sumpah restoran tu. Silap hari la ko sebab aku memang tengah lapar giler ni sehari suntuk aku x dpt nasi. Apa yg aku sumpahkan biar aku je la yg tahu.

Gi pulak Restoran Abe. order benda yg sama. 10 min dah siap. Puas hati aku. Tp bila sampai rumah tengok2 bukan nasi goreng tomyam yg dia buat tp nasi goreng cina. Harga caj harga nasi goreng tomyam. Nasib baik sedap dan boleh ditelan.

Hmmmm... Ni la dia kedai Melayu. Mentang2 dah ada regular customer buat sambil lewa je la kan. Xpe la Tuhan je yg balls perbuatan korang ni.

Wednesday, October 26, 2011

I'm back from hiatus!

Fuuyooooo lama gile aku tak update blog ni. Dah dekat setahun! Ntah camne la mlm ni tiba2 aku tergerak hati nak bukak balik blog yg dah mcm rumah tinggal ni.

Dalam setahun ni banyak perkara yg berlaku dan banyak jugak perkara yg dah berubah. Most of them yg sedih dan pahit je la. Aku masih menanti sinar harapan. Aku yg terbiasa membahagiakan hidup org lain berbanding hidup sendiri. Skrg aku dah bekerja semula. Walaupun masih belum stabil tp syukur aku tak perlu menyusahkan org lain. Aku berdoa Allah murahkan rezeki aku demi satu2nya ibuku. Aku berjanji pada diri sendiri aku akan cuba sedaya upayaku utk membalas jasa beliau selagi nyawa masih dikandung badan.

Kini aku hidup bersendirian. Tiada lagi teman hidup yg bisa ku harapkan. Yang aku punya di kala ini hanyalah kata2 indah nan manis dari seseorang yg masih mendambakan aku utk setia di sisinya. Melihatkan perbuatannya pula hanya menambahkan persoalan yg aku tidak pernah ketemu jawapannya. Aku hanya berserah pada keadaan di mana aku bertekad utk mengakhiri segala penderitaan ini. Ya atau Tidak ku masih keliru.

Masa berlalu, aku masih begini. Di mana silapnya?