Wednesday, August 27, 2008

The 20.08.2008 Sadness


Hari ni genaplah 7 hari arwah ayah aku pergi menghadap Ilahi. Seminggu yang lepas, tanggal 20 Ogos 2008 jam 12.50 pagi ayah yang ketika itu berusia 79 tahun telah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Aku redha dengan pemergiannya kerana aku telah bersedia. Alhamdulillah ayah pergi dengan tenang walaupun ketika itu cuma mak, abang Man, isteri dan anak abang Man, abang Nasir dan anaknya saja yang ada di sisinya ketika itu. Mak kata ayah sempat tersenyum 2 kali sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semua urusan pengkebumian berjalan lancar dan kami semua sempat menatapnya untuk kali terakhir. Kami harap ayah tahu yang selama ni kami semua terlalu menyayangi ayah dan kami akan terus mendoakan semoga roh ayah tenang di sana dan semoga ayah ditempatkan bersama-sama dengan orang2 yang beriman.. Amin.


Ironiknya, hari ni sekali lagi aku menerima berita sedih bila Chukie, sahabat lama aku (adik kepada kak Gee, Koche, Kak Faezah, Abg Tajul dan Abg Din) call aku dan beritahu bahawa makcik (panggilan kami kepada ibu mereka) telah pulang ke rahmatullah tengahari tadi. Arwah makcik memang dah lama sakit. Asalnya cuma kencing manis tapi lama-kelamaan macam2 penyakit pulak yang datang. Kesian makcik... Aku rasa ralat jugak sebab tak sempat lihat jenazah untuk kali terakhir sebelum dikebumi sebab takde transport. Kereta aku yang genius bak sang Kancil tu rosak tgh jalan masa aku balik ke shah alam sabtu lepas. Terpaksalah aku tunggu kakak aku dari Bangi pick up aku and sama-sama gi rumah diorang. Doa aku mudah-mudahan roh makcik tenang di sana dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

Al-Fatihah kepada ayahanda yang kami kasihi, Sa'ari @ Mokhtar bin Dikon dan juga makcik yang kami sayangi (maaf, tak tahu nama penuh).


Terputus hubungan manusia itu apabila mati melainkan 3 perkara:

1. Amal ibadahnya
2. Sedekah jariahnya
3. Anak yang soleh

Renung-renungkan...

5 comments:

eleza737 said...

Innalillahiwainailahirojiun..

takziah to u n family makcik..

semoga roh mereka dicucuri rahmat dan dihimpun dalam glng beriman..

aminn..

Al-fatihah

coinsss said...

Al-fatihah tuk arwah Ayah ko.... semoga di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org beriman..aminnnn

The Author said...

Salam Takziah, Elly! That day I saw ur status lain macam je...but, xtertanya..I thought so someone has gone.

Be strong ya! Doakan yang terbaik buatnya disana. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Abby ♥ said...

Al-fatihah buat arwah ayah ko semoga rohnya di cucuri rahmat
tabahkan hati, kuatkan semangat yer... pe pe juz kol aku

Ely Karella said...

Thanks to all for your support. Really appreciate it.

Al-Fatihah..