Wednesday, August 27, 2008

Permatang Pauh 2008

Plan untuk ke Penang sempena kempen pilihanraya Parlimen Permatang Pauh memang dah ada dalam kalendar sebelum ayah aku meninggal lagi. Aku pergi bukan nak kempen sangat pun walaupun nama aku dah didaftarkan sebagai petugas untuk parti KeADILan cawangan Kota Raja Shah Alam. Awal2 lagi aku dah sound kat boyfriend aku yang genius tu yang aku pegi ni bukan nak buat kerja sangat tp lebih kepada nak tenangkan fikiran.

Masa kat sana kami ditempatkan di kubu kuat lawan iaitu di Seberang Jaya. Sampai-sampai je dah kena edar flyers dan risalah-risalah kempen untuk PKR. Tak sempat makan pun lagi dah kena kerja. Mula2 memang tak kisah sebab ingatkan tu je kerja yang aku kena redah dulu sebelum aku dan boyfren aku bleh skip sebab kitorang nak gi ronda-ronda kat pulau. Rupa-rupanya bukan kitorang takde chance nak escape tapi boyfren aku yang over sangat nak menolong diorang berkempen. Ehmm kalau la aku tau nak jadi camni baik aku tak payah ikut. Penat badan je.. Asyik kena tunggu dalam kereta je.. sangap beb!
Sekali je kitorang masuk ke pulau gunakan laluan feri. Tu pun kejap je sebab nak cari internet cafe nak hantar quotation thru email kat client. Kalo tak.. sure tak jejak pun pulau. Nak gi jumpe EJ kat Gelogor pun tak sempat.

Kat bawah ni adalah antara gambar-gambar yang aku sempat snap sepanjang aku berada kat sana.

Masa ni kitorang baru nak bersarapan kat pasar Seberang Jaya bersebelahan dengan Esso. Jam 7.30 pagi dah sampai sini. Sampai-sampai je terus kena buat kerja distribute flyers, etc. sampaikan breakfast pun dekat kul 12 tengahari. Anwar Ibrahim punye pasal..

Korang cam tak sape mamat yang comel sebelah aku ni? Itu la dia Raja Petra Kamarudin penulis blog terkenal tu. Mula-mula aku sendiri tak cam sangat sape dia ni sebab dia tak pakai glass. Lagipun kat tv nampak tinggi. Masa ni dia tengah jalan-jalan kat pasar Seberang Jaya dengan geng-geng India dia entah drp mana termasuklah adik Karpal Singh. Aku respect tol kat dia ni sebab dia berani menentang ketidakadilan kat Malaysia ni. HIDUP RPK!


Me and Nurul Izzah Anwar

Masa ni Nurul Izzah dengan husband dia datang melawat ke khemah PKR kat depan SMK seberang Jaya II. Aku pun tak tau dia mengundi kat mana. DSAI and wife mengundi kat Penanti. Aku dengan Nurul Izzah ni dulu 1 sekolah kat Assunta Secondary School. Aku masuk drp Form 1 dia Form 4 lepas PMR baru mai. Masa 1st day dia register kat sekolah tu sempat la aku borak-borak dengan dia. Dia bagitahu sebelum ni dia sekolah kat Sri Hartamas. Masa tu aku tak tau la kalau dia ni daughter of DSAI. Memang friendly orangnya. Tapi aku sendiri tak pasti dia cam aku ke tak yang pernah jadi schoolmate dia dulu. Kitorang same batch lain-lain kelas sebab dia ambik science stream. Dia sekelas dengan kawan baik aku , Ben a.k.a Afizah.

Suasana di Institut Perguruan Tuanku Bainun semasa pengumuman keputusan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.


Sempat posing..

Ni la dia t-shirt yang aku pakai masa hari mengundi kat Permatang Pauh. Aku tak jumpe pun sape2 kat sana yang pakai t-shirt yang sama macam aku. T-shirt ni aku beli kat Kubang Semang malam pilihanraya ari tu.



Ni pulak kasut yang aku pakai masa kat sana.. Sesuai untuk berjalan jauh. Masa nak ke pengumuman keputusan pilihanraya di Institut Perguruan Tuanku Bainun petang 26 ogos tu kitorang terpaksa berjalan kaki hampir 5 km daripada tempat parking kereta kat tepi highway. Tumit tak melecet tapi kaki kejang. Seb baik DSAI menang.

4 comments:

eleza737 said...

wahh wahh wahh org kuat PKR tu.. ekekke..

Abby ♥ said...

bestnya dapat berkemban, ehh berkempen,,, silap type lakss, wakakakaka

Zunaidi Dali Great Eastern said...

u support raja petra ke???

Ely Karella said...

what's wrong with RPK? u x support dia?