Saturday, June 28, 2008

Mesti Tonton: Wanted bawa dimensi baru dunia perfileman


Sumber: Berita Harian Online, 28 Jun 2008

Judul: Wanted
Pelakon: James McAvoy, Morgan Freeman, Angelina Jolie, Terence Stamp, Thomas Kretschmann, Common, Kristen Hager dan Marc Warren
Pengarah: Timur Bekmambetov
Penulis: Michael Brandt & Derek Haas
Genre: Aksi/Thriller
Durasi: 110 minit
Tarikh tayangan: 26 Jun 2008

BENARKAH takdir itu sudah ditentukan ataupun kita sebenarnya mampu untuk mengubahnya. Dan andai diberi pilihan, apakah kita boleh menentukan takdir kita sendiri? Inilah persoalan yang dibangkitkan menerusi filem aksi arahan sutradara yang pernah menghasilkan filem Night Watch ini. Dihasilkan berdasarkan siri komik oleh Mark Miller dan JG Jones, Wanted membawa satu dimensi baru kepada dunia perfileman apabila menggabungkan elemen komik dan permainan video dalam filem yang menampilkan ramai pelakon handalan ini.

Elemen komik dibentuk apabila ia dimulakan dengan memfokuskan kepada Wesley Gibson (James McAvoy), seorang pengurus akaun yang berterusan dibelenggu nasib malang apabila dia terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah hidup. Mempunyai majikan yang tidak berhati perut, memiliki teman wanitanya yang curang dengan teman baiknya sendiri serta mudah diburu perasaan bimbang sehingga ke tahap yang sukar untuk dikawal menyebabkan Wesley sentiasa meratapi nasibnya. Bagaimanapun, kehidupan Wesley berubah sejak bertemu dengan Fox lakonan Angelina Jolie yang memperkenalkannya kepada dunia baru - pembunuh upahan Freternity yang diketuai Sloan, lakonan Morgan Freeman.

Dari pertemuan itu, Wesley mengetahui sejarah silam hidupnya. Dari cerita Sloan, Wesley mendapat tahu bahawa dia mewarisi kemahiran istimewa bapanya yang tidak pernah ditemuinya sejak kecil iaitu potensi untuk bergelar pembunuh upahan. Paling menyedihkan, Wesley turut diberitahu bahawa bapanya mati dibunuh oleh seorang pembunuh upahan Fraternity yang berpaling tadah bernama Cross.

Atas niat untuk menuntut keadilan, Wesley sanggup untuk melakukan tugas itu walaupun pada awalnya dia menghadapi kesukaran. Selepas melalui beberapa sesi latihan yang menyeksakan, Wesley berjaya menggalas tanggungjawab itu. Kemuncak kejayaannya adalah apabila dia lulus dalam ujian mempelajari teknik tembakan khas iaitu membuat peluru melencong untuk sampai tepat ke sasarannya - satu kemahiran penting untuk semua anggota Fraternity.

Tidak dapat disangkal lagi, Wanted adalah antara filem aksi terbaik untuk tahun 2008. Walaupun ada di antara babak dalam filem ini mempunyai persamaan dengan filem Matrix terutama dalam adegan tembak menembak yang ditonjolkan dalam bentuk gerak perlahan, namun Wanted tetap ada keistimewaan.

Pun begitu, mesej filem ini tetap menyentuh perasaan. Dalam keganasan sebenarnya terselit perasaan kemanusiaan yang tidak seharusnya luput dalam jiwa. Paling menarik adalah penamat kepada cerita ini kerana ada sesuatu yang tidak disangka-sangka akan berlaku.

P/S: Korang rasa apa yang berlaku kat ending dia? (Soalan ini untuk dijawab oleh makhluk yang belum tengok citer ni lagi, k).

Visit http://www.wantedmovie.com



3 comments:

Abby ♥ said...

marbeles citer nih
Jolie is smokin hot

my kids said...

Peh macam pengulas movie...cayalah elly...

http://daunlepat.blogspot.com

Ely Karella said...

weh preview tu bkn aku yg wat laa.. x nmpak ke aku tulis source dari Berita Harian Online kat atas tuh... huhu..

btw, thanks mus sbb slalu singgah blog aku :)