Tuesday, September 16, 2008

Kalau dah DIVA...

Madonna paling tak sopan

(dipetik dari Berita Harian Online, 17 September 2008).

Penyanyi tersinggung tak dilayan selepas perkenal diri kepada selebriti

LOS ANGELES: Di sebalik menjadi pujaan berjuta peminat di seluruh dunia, Madonna, dianggap oleh penyanyi James Morrison sebagai 'selebriti paling tidak sopan pernah ditemuinya.'

Morrison berkata demikian kerana penghibur berusia 50 tahun itu tidak mengendahkannya pada satu sesi rakaman.

Penyanyi ‘Wonderful World’ itu sedang bekerja di sebuah studio di Los Angeles apabila memperkenalkan dirinya kepada Madonna tetapi mendakwa bintang ‘Material Girl’ itu tidak berkata apa-apa dan langsung tidak mengendahkan beliau.

“Saya sedang membuat rakaman di Los Angeles dan beliau datang bercakap dengan produser dan seseorang bertanya jika saya ingin bertemu beliau. Saya bukan peminat Madonna tetapi berasa tidak salah sekadar berkata hello. Jadi saya ke tempat Madonna dan berkata: “Hello, saya James, seronok bertemu anda,’ dan menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Madonna sekadar melihat dan berkata: “Apa kerja awak?” Saya memberitahunya saya penyanyi dan beliau cuma merenung dan tidak berkata apa-apa. Keadaan memang tidak selesa dan kemudian beliau langsung tidak mengendahkan saya,” kata Morrison. - Agensi


Hmm.. camni la ghopanye kalo dah jadi DIVA tersohor.Asyik mendongak ke langit sampai lupa rumput di bumi.




3 comments:

Zunaidi Dali Great Eastern said...

ala..biase la..

die mmg REAL DIVA pon

Ely Karella said...

I HATE word D.I.V.A.

kinda ATTITUDE..

Abby ♥ said...

kata Madonna, ahahahahha